Mahkamah Arah Google Bayar RM1.48 Billion Sebab Menyalahgunakan Data Telefon Mudah Alih Tanpa Kebenaran Pengguna

WorldTechnology
4 Jul 2025 • 12:12 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Juri di California, Amerika Syarikat telah mengarahkan syarikat Google untuk membayar AS$314 juta (RM1.48 bilion) kepada pengguna telefon pintar Android di negeri tersebut berikutan dengan timbulnya dakwaan bahawa syarikat tersebut menyalahgunakan data telefon mudah alih tanpa kebenaran pengguna.

Menurut sumber, juri mendapati bahawa Google telah bertanggungjawab kerana menghantar dan menerima daya daripada peranti Android biarpun semasa ianya tidak digunakan tanpa kebenaran pengguna.

Keputusan tersebut dibuat dalam satu saman kelompok yang telah difailkan pada tahun 2019 bagi mewakili sekitar 14 juta pengguna Android di California.

Pihak plaintif turut mendakwa Google telah menggunakan data yang dikumpul daripada telefon yang tidak aktif untuk tujuan iklan tersasar, di mana ia turut menggunakan data mudah alih pengguna atas kos mereka sendiri.

image is not available

Oleh itu, jurucakap Google Jose Castaneda berkata syarikat itu akan merayu keputusan itu sambil menyatakan yang keputusan itu “salah faham terhadap perkhidmatan yang penting untuk keselamatan, prestasi dan kebolehpercayaan peranti Android.”

Peguam plaintif Glen Summers berkata keputusan tersebut telah “membuktikan secara jelas kesahihan tuntutan ini dan mencerminkan betapa seriusnya salah laku Google.”

Sementara itu, Google ada berhujah di mahkamah dengan menyatakan bahawa pengguna memberikan kebenaran melalui terma perkhidmatan dan dasar privasi dan tiada kerosakan sebenar berlaku.

Selain itu, dikhabarkan bahawa syarikat gergasi itu juga ada satu lagi saman persekutuan yang berasingan dengan tuntutan serupa bagi pengguna Android di 49 negeri AS lain dan ia dijadualkan tarikh untuk perbicaraan pada April 2026.

Sumber : Sinar Harian

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.