Dakwaan gangguan air, makanan di Penjara Kajang disiasat

15 Oct 2026 • 12:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dakwaan gangguan air, makanan di Penjara Kajang disiasat

PETALING JAYA – Jabatan Penjara Malaysia sedang meneliti dakwaan gangguan bekalan air serta isu kemudahan kebersihan dan penyediaan makanan di Penjara Kajang yang dibangkitkan Lawyers for Liberty (LFL).

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan penelitian sedang dilakukan bagi mengenal pasti keadaan sebenar berhubung dakwaan berkenaan.

“Langkah penambahbaikan segera akan diberi keutamaan bagi menangani sebarang kekurangan yang dikenal pasti, khususnya melibatkan kemudahan asas, kebersihan dan kebajikan penghuni.

“Jabatan ini sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan, kesihatan, kebersihan dan keselamatan penghuni, termasuk penyediaan keperluan asas selaras dengan peraturan serta prosedur yang berkuat kuasa,” katanya.

Terdahulu, LFL mengeluarkan kenyataan berhubung masalah bekalan air serta keadaan kemudahan kebersihan dan penyediaan makanan di penjara berkenaan.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara Malaysia turut meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran awam. – KOSMO! ONLINE

The post Dakwaan gangguan air, makanan di Penjara Kajang disiasat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved