Jabatan Penjara teliti dakwaan Penjara Kajang berdepan masalah bekalan air

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 6:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jabatan Penjara teliti dakwaan Penjara Kajang berdepan masalah bekalan air

PETALING JAYA: Jabatan Penjara sedang meneliti dakwaan Lawyers for Liberty (LFL) berhubung masalah bekalan air, kebersihan dan makanan di Penjara Kajang bagi mendapatkan gambaran sebenar serta memastikan perkara itu diberi perhatian sewajarnya.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini berkata, penelitian turut melibatkan dakwaan seorang tahanan di bawah Akta Langkah-Langkah Keselamatan Khas 2012 (SOSMA) yang berdepan masalah berkenaan.

“Langkah penambahbaikan segera akan diberikan keutamaan bagi menangani sebarang kekurangan dikenal pasti, khususnya berkaitan kemudahan asas, kebersihan dan kebajikan penghuni,” katanya.

Jabatan Penjara menegaskan kesihatan, kebersihan dan keselamatan penghuni sentiasa menjadi keutamaan, termasuk penyediaan keperluan asas mengikut peraturan serta prosedur berkuat kuasa.

Orang ramai turut diminta tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat belum disahkan bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran awam.

Sebelum ini, LFL mendakwa Penjara Kajang yang menempatkan kira-kira 5,000 banduan berdepan kekurangan air serius sehingga menyukarkan penghuni mandi dan menggunakan tandas.

Menurut NGO itu, aliran air terlalu perlahan sehingga banduan terpaksa menunggu berjam-jam untuk memenuhi sebaldi air, malah ada yang tidak dapat menggunakan tandas sehingga dua hari.

LFL turut mendakwa setiap bilik hanya dibekalkan satu liter air minuman sehari, selain membangkitkan isu dulang makanan kotor dan tahap kebersihan makanan yang tidak memuaskan.

Sehubungan itu, LFL menggesa kerajaan dan pihak berkuasa penjara segera menangani dakwaan berkenaan serta memastikan penghuni mendapat bekalan air bersih mencukupi dan kemudahan sanitasi yang sempurna. – UTUSAN 

The post Jabatan Penjara teliti dakwaan Penjara Kajang berdepan masalah bekalan air appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved