Dakwaan Hospital Swasta Bekukan Jenazah Bayi Selama Dua Minggu, KKM Mulakan Siasatan

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 11:12 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
kkm

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) kini sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan jasad bayi dibekukan selama dua minggu.

Menerusi dakwaan yang tular di media sosial, bayi bernama Muhammad Adham Mikail tidak dapat dikebumikan lebih awal kerana bapa tidak mampu membayar bil bersalin di sebuah hospital swasta.

KKM sudah jalankan siasatan

image is not available

Memetik laporan Harian Metro, Dr Dzulkefly memohon masyarakat bertenang dan menunggu hasil siasatan dilengkapkan.

Saya secara jujur mahukan semua pihak bertenang dan mengizinkan untuk pihak-pihak berwajib yang menjalankan siasatan termasuk CKAPS pun turun sama menjalankan siasatan.

Menurut beliau, pihak CKAPS telah turun padang untuk mendekati pihak yang terlibat bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan teliti.

Harap bersabar tunggu fakta sebenar

image is not available

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bayi malang itu serta menasihatkan masyarakat supaya tidak menyebarkan spekulasi sebelum fakta sebenar diperoleh.

Beliau mahu masyarakat bersikap penuh ihsan dan menjaga empati dalam kes viral ini. Menurutnya, kes ini bukan mudah kerana terdapat dakwaan daripada pelbagai pihak.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Harian Metro


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved