Dakwaan Rasuah OCPD: SPRM Tahan 3 Lagi Polis

9 Jun 2023 • 7:10 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
SPRM Pahang menahan dua pegawai dan seorang anggota polis bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah melibatkan seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) di negeri ini. - Gambar fail

KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan dua pegawai dan seorang anggota polis bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah melibatkan seorang Ketua Polis Daerah (OCPD) di negeri ini. 

SPRM, menerusi kenyataan memaklumkan, inspektor berusia 37  dan 38 tahun serta koperal, 43, itu ditahan bersama seorang lagi lelaki warga tempatan, 37, selepas hadir memberi keterangan di pejabat SPRM di sini, petang semalam.

Pada Selasa lalu, SPRM menahan ketua polis daerah itu bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah secara bulanan antara RM20,000 hingga RM50,000 yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta sejak tahun 2017 hingga 2022. 

Suapan itu didakwa bagi melindungi aktiviti pusat hiburan dan pusat urut sekitar daerah berkenaan daripada aktiviti penguatkuasaan yang boleh menganggu perniagaan mereka. 

Pada kenyataan sama, SPRM juga memaklumkan penahanan dua anggota penguatkuasa imigresen berusia 41 dan 49 tahun untuk membantu siasatan dakwaan menerima rasuah daripada pemilik pusat urut bagi mempercepatkan proses pembaharuan permit kerja warga asing. 

Siasatan dijalankan di bawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Pengarah SPRM Pahang Hairuzam Mohmad Amin@Hamim mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved