
Baru-baru ini tular video di media sosial yang mendakwa seorang pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai melakukan salah laku membabitkan seorang isteri orang kena tahan (OKT) kes dadah.
Susulan dakwaan itu, pegawai berkenaan kini digantung tugas sementara bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan telus dan sempurna.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melakukan perbuatan bertentangan dengan undang-undang.
“Kita dah ambil tindakan supaya gantung sementara penugasan beliau (pegawai penyiasat) sehingga siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna,” katanya.
Baca juga:
- Dakwaan salah laku dengan isteri OKT, pegawai penyiasat digantung tugas
RCI Tabung Haji: Siasatan ‘hingga ke lubang cacing’ selaras titah YDPA
Polis tahan lelaki berkait kes pembakaran, kecurian naskhah al-Quran di Seremban
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan dan beberapa tindakan termasuk mendapatkan keterangan daripada individu berkaitan telah pun dilakukan.
Katanya, pihak pengadu juga sedang dikenal pasti dan polis kini berusaha mendapatkan keterangan individu terbabit bagi melengkapkan siasatan.
Jelasnya, individu berkenaan yang merupakan menantu pengadu bukan berasal dari Kelantan, sebaliknya dari Negeri Sembilan.
“Kita sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada dia,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
The post Dakwaan salah laku dengan isteri OKT, pegawai penyiasat digantung tugas appeared first on The Reporter.






