Dakwaan salah laku pegawai tinggi BAM, tiada kesalahan dikesan - Azam Baki

21 Jan 2025 • 5:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azam Baki

PUTRAJAYA - Tiada sebarang kesalahan jenayah dikesan susulan siasatan terhadap dakwaan salah laku individu kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebelum ini.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu hasil daripada siasatan yang dilengkapkan dan diputuskan oleh Timbalan Pendakwa Raya.

"Siasatan sebelum ini dijalankan berdasarkan satu surat layang kepada SPRM berkaitan dakwaan salah laku seorang pegawai tinggi BAM dikatakan mengambil elaun tanpa kelulusan ahli majlis BAM.

"Siasatan telah selesai dijalankan dan keputusan Timbalan Pendakwa Raya memutuskan tiada sebarang kes jenayah yang boleh dikenakan terhadap individu berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar perkembangan kes-kes terkini yang disiasat SPRM di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Selasa.

Katanya, pihaknya juga diarahkan supaya membuat laporan lengkap berhubung keputusan siasatan terbabit.

"Saya telah berhubung dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan memaklumkan kepada beliau berkaitan perkara ini.

"SPRM akan menghantar satu laporan penyiasatan lengkap berkaitan beberapa isu tatakelola dan tadbir urus perlu diberikan perhatian BAM untuk dibetulkan dan pihak BAM sendiri menyambut baik tentang perkara ini," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Azam menegaskan siasatan salah laku BAM hanya melibatkan seorang individu merupakan kepimpinan tertinggi persatuan terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved