Dakwaan seleweng pas khas imigresen bantu warga China disiasat

LocalPolitics
17 Oct 2026 • 3:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dakwaan seleweng pas khas imigresen bantu warga China disiasat

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam urusan pengeluaran Pas Khas di pejabat imigresen Kuala Lumpur.

Pengarah JIM WPKL, Datuk Hamsha Injau berkata, pihaknya memandang serius dakwaan tersebut.

“Bahagian Integriti JIM WPKL akan menjalankan siasatan bagi menentukan kesahihan dakwaan berkenaan.

“JIM WPKL tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku. Tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat bukti pelanggaran undang-undang atau peraturan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, media mendedahkan modus operandi satu sindiket yang disyaki mengeksploitasi kemudahan pas khas di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Difahamkan, sekumpulan warga asing yang memakai baju bewarna putih berkumpul di sebuah restoran dalam Kompleks Wilayah Persekutuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebelum dibawa beberapa ‘runner’ atau orang tengah tempatan.

Kemudahan tersebut didakwa sepatutnya membantu warga asing untuk hal kecemasan dipercayai disalahgunakan secara sistematik untuk melanjutkan tempoh keberadaan mereka di Malaysia.

Laporan sama turut menemui petunjuk bahawa sebuah sindiket tempatan, yang disyaki bersekongkol dengan pegawai imigresen, membantu warga China kekal di negara ini melebihi tempoh yang lazimnya dibenarkan di bawah visa pelancong. – KOSMO! ONLINE

The post Dakwaan seleweng pas khas imigresen bantu warga China disiasat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved