SPRM tubuh pasukan khas siasat dakwaan rasuah RM350,000 libatkan pegawai kanan

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 8:07 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: SPRM tubuh pasukan khas siasat dakwaan rasuah RM350,000 libatkan pegawai kanan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM350,000 yang dikaitkan dengan seorang pegawai kanannya dan tular baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataannya berkata, isu berkenaan pernah disiasat pada 2018 dan kes terbabit ditutup selepas tiada sebarang kesalahan berjaya dibuktikan.

Bagaimanapun, kata SPRM, dengan gesaan serta penularan semula isu terbabit, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman telah mengarahkan agar pasukan khas ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyemak dan meneliti semula perkara ini.

‘Langkah ini diambil untuk memastikan integriti SPRM terus terpelihara dan keyakinan masyarakat terhadap institusi ini tidak tergugat,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut SPRM, ia memandang serius dakwaan terbabit dan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu yang boleh menjejaskan kredibiliti suruhanjaya itu.

Semua pihak, katanya diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya. - 10 Oktober, 2026

The post SPRM tubuh pasukan khas siasat dakwaan rasuah RM350,000 libatkan pegawai kanan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved