Dakwaan Sudah Berkahwin? Kakak Jelaskan Status Terkini Emma Maembong

EntertainmentLifestyle
21 Jan 2025 • 2:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
emma

Pelakon jelita, Emma Maembong didakwa sudah berkahwin apabila tular gambarnya sedang bercuti dengan seorang lelaki di negara seberang.

Namun, dakwaan itu nampaknya hanya khabar angin apabila kakaknya, Shikin Maembong mengesahkan semuanya tidak benar.

Shikin nafi dakwaan Emma sudah berkahwin

image is not available

Memetik laporan mStar, Shikin mengakui adiknya kini sedang mengenali hati budi seseorang.

Dia memang sedang berkawan, biasalah fasa perkenalan dengan orang baru tetapi tidak ada perancangan berkahwin pun.

Shikin juga menegaskan bahawa Emma sentiasa berbincang dengan adik-beradiknya sebelum membuat keputusan besar, termasuk soal perkahwinan.

Gosip tersebut ternyata mengejutkan keluarga mereka kerana tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba muncul cerita sebegitu.

Sedang berkawan dengan seseorang

image is not available

Tambahnya lagi, Emma bukanlah seseorang yang membelakangkan keluarga dan setiap keputusan yang dibuatnya pasti akan merujuk ahli keluarga.

Apa saya boleh katakan, berita perkahwinan Emma itu tidak benar.

Difahamkan, khabar angin mengenai Emma berkahwin bermula apabila beberapa gambar yang dipercayai menunjukkan Emma dan lelaki tersebut bercuti di luar negara tersebar di media sosial.

Lelaki tersebut dikenal pasti sebagai seorang deejay bernama DJ Kidd. Namun, tiada bukti yang mengesahkan hubungan mereka lebih daripada sekadar berkawan.

#OhmediaNasihat

Sebelum mempercayai gosip, adalah lebih baik mendapatkan kesahihan daripada empunya badan sendiri. Di sini jelas bahawa dakwaan Emma berkahwin hanya khabar angin. Ingatlah, apa yang tersebar di media sosial tidak semestinya benar.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.