Dakwaan undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak benar

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 2:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Dakwaan undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak benar

PETALING JAYA: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias menafikan pihaknya mempunyai perancangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Beliau menegaskan dakwaan bahawa beliau akan mengemukakan usul berkenaan juga adalah tidak benar.

“Dakwaan kita mahu buat undi tidak percaya kepada Menteri Besar adalah tidak benar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Penafian itu susulan laporan media yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tersebut, dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepimpinan pusat parti.

Sidang DUN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November selepas ditangguhkan daripada 16 Oktober bagi menyelaraskannya dengan pembentangan belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya.

Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyaksikan Barisan Nasional meraih 18 kerusi, Pakatan Harapan 11 dan Perikatan Nasional tujuh kerusi. – UTUSAN

 

The post Dakwaan undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak benar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved