Rumusan Artikel
Shuib mengakui sudah membaca hantaran Jep Sepahtu di Instagram.
Dia memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut.
Shuib enggan mengulas dakwaan dirinya menggunakan sentimen persahabatan untuk meraih perhatian.
Sebelum ini, Jep meluahkan rasa kurang senang terhadap dakwaan isu persahabatan digunakan untuk tujuan ‘marketing’.
Pelawak Shuib memaklumkan dia sudah membaca hantaran dibuat Jep Sepahtu di Instagram, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.
View this post on Instagram
Memetik mStar Online, Shuib berkata dia tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa dirinya masih memainkan sentimen persahabatan untuk meraih perhatian ramai.
“Saya tak ada nak cakap apa-apa. Terima kasih. Ada kawan hantar screenshot hantaran tersebut, saya baca juga. Takkan ada komen apa-apa daripada saya,” katanya.
Terdahulu, Jep dilihat memuat naik hantaran yang menyatakan rasa kurang senang terhadap tindakan Shuib yang didakwa menggunakan isu persahabatan mereka untuk tujuan ‘marketing’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Kalau Sembang, Semua Orang Boleh Sembang" - Jep Sepahtu 'Upload' Resit Bayar Zakat Cecah RM300K, Tegas Tidak Pernah Ambil Hak Orang
The post Shuib Sepahtu Respon Hantaran Instagram Jep Sepahtu – “Saya Ada Baca, Takkan Ada..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






