Usul undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak akan berlaku 

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 5:35 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Usul undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak akan berlaku 

BANGI: Sebarang usaha mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim akan dipastikan tidak berlaku sekiranya dakwaan mengenai perkara tersebut benar.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini pihaknya tidak mendengar bahawa perkara itu akan dilakukan.

“Saya tidak mendengar perkara itu akan dilakukan. Jika benar ada pun, saya akan menentukan supaya ia tidak berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen Huffaz Nusantara Permata Al-Quran Kali ke-10 di sini hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias menafikan pihaknya mempunyai perancangan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Ismail pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Jalaluddin turut menegaskan dakwaan bahawa beliau akan mengemukakan usul berkenaan adalah tidak benar.

Penafian itu menyusuli laporan media yang memetik sumber mendakwa UMNO Negeri Sembilan sedang mempertimbangkan usul tersebut, dengan keputusan bergantung kepada kelulusan kepimpinan pusat parti.

Sidang DUN Negeri Sembilan dijadualkan berlangsung pada 26 November selepas ditangguhkan daripada 16 Oktober bagi menyelaraskannya dengan pembentangan Belanjawan negeri bagi 2027 pada hari berikutnya. – UTUSAN

The post Usul undi tidak percaya terhadap MB Negeri Sembilan tidak akan berlaku  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved