“Dalam 200 terkorban, tak ramai pun..”- Jocelyn Chia & rakan buat lawak MH370

20 Jun 2023 • 12:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nama pelawak, Jocelyn Chia dikecam hebat oleh warganet setelah tindakannya menghina Malaysia menerusi persembahan di pentas komedi ‘Singapore vs Malaysia’ yang dipercayai diadakan di Manhattan, New York pada awal Jun lalu.

Namanya menjadi bualan ramai apabila dia juga sempat memetik tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada 2014 dan mendapat teguran daripada salah seorang isteri mangsa, Intan Maizura Othaman yang menganggap ia adalah keterlaluan.

Meskipun hebat menerima kecaman sehingga pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) berhubung identiti penuh dan lokasi terkini, Jocelyn kekal tenang dan menganggap tindakan itu adalah keterlaluan kerana ia hanya ‘lawak biasa’.

image is not available

Bahkan, Jocelyn yang bukan lagi warga Singapura tidak tampil membuat permohonan maaf dan terus menerus membuat jenaka mengenai jumlah mangsa korban terlibat dalam satu sesi ‘podcast’ bersama rakan pelawak Amerika Syarikat, Chrissie Mayr, baru-baru ini.

Dalam sesi podcast tersebut, Chrissie bertanya kepada Jocelyn mengenai angka mangsa korban terlibat dalam insiden MH370 sebelum diakhiri dengan gelak tawa mengatakan ia adalah tidak ramai jika hendak dibandingkan dengan jumlah pengunjung di Chicago pada hujung minggu.

“Berapa orang ramai terlibat dalam nahas pesawat tersebut?
“Dalam 200 macam tu. Tak adalah ramai jika hendak dibandingkan dengan jumlah pengunjung di Chicago pada hujung minggu,”ujar mereka berdua berserta gelak tawa.

Tak layak jadi pelawak! Tiada empati

Perkongsian itu menerima banyak kecaman di ruangan komen di mana rata-rata warganet meluahkan rasa kesal, marah dan berang terhadap jenis ‘lawak’ dilakukan oleh mereka berdua dalam sesi podcast tersebut kerana tiada langsung sensitiviti terhadap keluarga mangsa terlibat.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Sementara itu, Jocelyn menyatakan dirinya berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran secara baik menerusi hantaran mesej peribadi berbanding terus menghentam di media sosial.

Video penuh podcast:

Sumber: Instagram chrissiemayrpod, YouTube Chrissie Mayr