
Pelakon, Daler Yusuf mengingatkan dirinya sendiri agar tidak terlalu terburu-buru menghukum atau memberikan komen terhadap sesuatu isu yang sedang tular di media sosial.Menurut Daler, setiap individu perlu lebih berhati-hati dalam menulis komen kerana mereka tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik sesuatu perkara.“Nasihat untuk diri sendiri, jangan terlalu cepat judge atau komen bila sesuatu isu tengah viral. Kita tak tahu cerita sebenar.“Nobody is perfect, kita semua pernah buat silap. Jaga jari, jaga hati, takut nanti kita pula yang berdosa,” coretnya. Dalam hantaran yang sama, kata Daler setiap manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan pengalaman lalu juga mengajarnya supaya lebih menjaga tutur kata serta tingkah laku ketika menggunakan media sosial.“Ini yang saya pelajari daripada kesilapan lalu. Kita semua pernah tersalah cakap atau komen dekat media sosial dan akhirnya menyesal.“Tiada siapa yang sempurna. Membuli orang lain secara dalam talian tidak menjadikan kita lebih baik. Marilah kita saling berbuat baik antara satu sama lain,” tulisnya.




