Adam Corrie Pesan Orang Ramai Tidak Terburu-Buru Komen Isu Tular Tanpa Tahu Hujung Pangkal – “Nasihat Untuk Diri Sendiri”

17 Nov 2026 • 2:25 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Adam Corrie Pesan Orang Ramai Tidak Terburu-Buru Komen Isu Tular Tanpa Tahu Hujung Pangkal – “Nasihat Untuk Diri Sendiri”

Pelakon, Adam Corrie menasihatkan orang ramai untuk tidak terburu-buru memberikan komen atau menghukum seseorang apabila sesuatu isu negatif tular di media sosial.Menerusi Threads, pelakon filem KL Gamsgter ini berpendapat bahawa orang ramai sepatutnya mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian mahupun meninggalkan sebarang komen.Ujar Adam, tindakan terlalu cepat memberikan komen terhadap sesuatu isu boleh menyebabkan seseorang itu menilai dan menghukum tanpa mengetahui cerita sebenar.“Nasihat untuk diri sendiri. Kalau ada perkara negatif tengah viral.“Jangan pantas sangat jari jemari ini nak komen-komen. Sebab kita tak tahu hujung pangkal cerita.“Tak pasal-pasal kita yang berdosa,” tulisnya.Perkongsian itu kemudiannya meraih komen orang ramai yang bersetuju dengan pendapat Adam.Sumber: Threads

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved