DAP belum bincang pengganti - Anthony

LocalPolitics
11 Nov 2026 • 1:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: DAP belum bincang pengganti - Anthony
Anthony Foto: Bernama
Image from: DAP belum bincang pengganti - Anthony
Anthony (tengah) bergambar bersama sebahagian petugas media di Putrajaya pada Rabu.

PUTRAJAYA- [DIKEMAS KINI] Bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan, DAP belum membincangkan calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

Beliau berkata, sebarang perbincangan mengenai jawatan tersebut akan dibuat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum diputuskan.

"Ya, serahkan (kepada Perdana Menteri). Jadi, perkara ini di bawah bidang kuasa Perdana Menteri," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan majlis sambutan Deepavali di sini, pada Rabu.

Mengulas mengenai fokusnya selepas ini, Anthony yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, tumpuan akan diberikan kepada usaha memperkukuh parti selain meneruskan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen selain terus memberikan sokongan kepada Perdana Menteri di bawah Pakatan Harapan (PH).

"Sudah tentu sebagai Setiausaha Agung parti fokus saya adalah untuk memperkukuh parti, menjalankan peranan saya sebagai Ahli Parlimen dan terus menyokong Perdana Menteri di bawah PH," ujar beliau.

Ditanya sama ada beliau mempunyai perancangan untuk kembali menyertai Kabinet selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Anthony berkata, perkara itu hanya akan dijawab selepas pilihan raya berkenaan.

"Kita akan jawab selepas pilihan raya akan datang," katanya.

**media[3706632]**

Anthony yang juga Ahli Parlimen Seremban mengumumkan melepaskan jawatannya dalam Kabinet, berkuat kuasa semalam.

Ia susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung permohonan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO berusia 73 tahun itu.

Anthony sebelum ini menegaskan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta sebaik sahaja bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjejak kaki ke kediamannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved