DAP N. Sembilan mahu Anthony Loke terus terajui kepimpinan parti

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 4:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DAP N. Sembilan mahu Anthony Loke terus terajui kepimpinan parti

SEREMBAN: DAP Negeri Sembilan sebulat suara mahu Anthony Loke Siew Fook kekal menerajui parti itu sebagai Pengerusi DAP Negeri Sembilan.

Ia meskipun Pakatan Harapan (PH) gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan semalam.

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, keputusan itu dicapai selepas mengadakan perbincangan bersama semua Ahli Jawatankuasa (AJK) DAP Negeri Sembilan yang turut menyatakan solidariti terhadap kepimpinan Anthony Loke.

Katanya, kepimpinan Anthony Loke telah terbukti dan diiktiraf sebagai yang terbaik dalam sejarah DAP Negeri Sembilan apabila berjaya membawa parti itu daripada hanya memiliki dua kerusi pada 2004 kepada kedudukan yang dihormati oleh rakan dan lawan.

“Kekalahan di kerusi DUN Chennah dan Repah sememangnya mengecewakan, namun ia bukan berpunca daripada Anthony Loke dan beliau tidak seharusnya dipertanggungjawabkan atas keputusan tersebut.

“Ketika PH kehilangan majoriti di DUN Negeri Sembilan, DAP Negeri Sembilan memerlukan kepimpinan berkarisma daripada Anthony Loke bagi menghadapi cabaran masa depan termasuk Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kee Chin yang juga Ahli Parlimen Rasah berkata, analisis awal keputusan PRN kali ini menunjukkan calon-calon PH dan DAP masih mendapat sokongan padu daripada penyokong tegar walaupun berdepan pihak lawan yang memainkan isu perkauman.

Semalam, Anthony Loke yang juga Setiausaha Agung DAP dilaporkan mempertimbangkan untuk meletak jawatan sebagai pengerusi parti itu di Negeri Sembilan.

Keputusan itu dibuat bagi mengambil tanggungjawab susulan prestasi DAP dalam PRN Negeri Sembilan dan akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang akan datang.

Dalam PRN Negeri Sembilan, Anthony Loke gagal mempertahankan DUN Chennah yang dimenangi sejak tiga penggal lalu selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon. – UTUSAN

The post DAP N. Sembilan mahu Anthony Loke terus terajui kepimpinan parti appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved