DAP buat ‘post mortem’ kekalahan PRN Negeri Sembilan

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 4:38 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: DAP buat ‘post mortem’ kekalahan PRN Negeri Sembilan

PETALING JAYA: DAP akan membuat penilaian secara menyeluruh terhadap kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, semalam.

Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata, parti itu juga akan mendengar dengan teliti keluhan serta kebimbangan rakyat dan akan bekerja keras untuk mendapatkan semula keyakinan serta sokongan mereka.

“Pengundi di Negeri Sembilan telah memberikan keputusan mereka dalam Pilihan Raya Negeri ke-16, dan kami menerima keputusan ini dengan penuh rasa rendah diri. Kami mengucapkan terima kasih kepada setiap pengundi yang telah menyokong Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

“Kami juga mengambil maklum atas kekalahan Setiausaha Agung, Anthony Loke di (Dewan Undangan Negeri) Chennah selepas persaingan yang sengit.

“Loke telah berkhidmat untuk parti dan rakyat dengan cemerlang selama bertahun-tahun dan kami yakin beliau akan terus berbuat demikian. DAP pernah menghadapi cabaran dan kekalahan sebelum ini. Mesej daripada para pengundi adalah jelas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada PRN itu, Barisan Nasional (BN) memenangi 18 kerusi DUN, PH dengan 11 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan tujuh kerusi.

DAP menang di sembilan daripada 11 kerusi yang ditandingi parti itu namun gagal mempertahankan DUN Chennah dan Repah kepada calon Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Gobind yang juga Menteri Digital berkata DAP menghormati mandat yang telah diberikan oleh rakyat dan mengucapkan tahniah kepada mereka yang dipilih untuk membentuk kerajaan Negeri Sembilan yang baharu.

“Kami berharap mereka akan memerintah dengan bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat,” katanya. – UTUSAN

The post DAP buat ‘post mortem’ kekalahan PRN Negeri Sembilan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved