DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

LocalPolitics
12 Jul 2026 • 9:08 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

DAP Terima Kekalahan Dengan Terbuka, Kenal Pasti Faktor Kekalahan

JOHOR BAHRU - DAP akur dengan kekalahan parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dan menerima segala keputusan dengan hati terbuka.

Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching berkata, parti itu menghormati kehendak dan pilihan dibuat Bangsa Johor. 

Menurut beliau, keputusan tersebut menghantar mesej untuk DAP bertindak lebih baik pada masa akan datang. 

“Sudah tentu ada kekurangan dan kelemahan yang patut kami perbaiki. Kami mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan mereka.

“Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi yang keluar mengundi dan DAP amat menghargai segala sokongan yang diberikan,” katanya.

Jelas Nie Ching, Barisan Nasional (BN) bukan sekadar mengekalkan kerusi dimenangi sebelum ini, tetapi turut berhasil ‘merampas’ kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada PRN 2022.

“Undi yang diperolehi calon-calon PN semasa PRN 2022 di Johor Jaya dan Perling telah dipindahkan kepada calon-calon BN dalam PRN Johor 2026. 

“Maka, walaupun dengan peningkatan peratusan undi untuk PH di kedua-dua kerusi tersebut, ia masih belum mencukupi untuk menangkan calon PH,” katanya.

Nie Ching memberi jaminan, DAP akan meneliti faktor-faktor lain yang mengakibatkan kekalahan parti terbabit di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jementah, DUN Tangkak dan kerusi DUN lain, sekali gus mengambil ikhtibar serta memperbaiki setiap kelemahan.

“Kami juga akan memastikan segala usaha membina negara dan memperjuangkan hak rakyat diteruskan,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved