Dapat Duit Raya Ketika Berkunjung Ke Kelantan, Reaksi Mat Salleh Ini Buat Ramai Tersenyum

28 Mar 2026 • 11:43 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Dapat Duit Raya Ketika Berkunjung Ke Kelantan, Reaksi Mat Salleh Ini Buat Ramai Tersenyum

Hari raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia bukan sahaja menandakan berakhirnya puasa selama sebulan, tetapi turut menjadi medium untuk kita semua mengeratkan silaturahim.

Pun begitu, sambutan hari raya juga sebenarnya mempunyai perbezaan di setiap negara berdasarkan adat setempat.

Di Malaysia, Aidilfitri kebiasaannya akan disambut selama sebulan dan ketika ini banyak rumah terbuka yang boleh dikunjungi orang ramai.

Baca juga:

Kemeriahan hari raya ini menarik perhatian masyarakat luar. Jika dilihat di media sosial sejak kebelakangan ini, ramai pelancong atau ekspatriat yang berkongsi pengalaman mereka menyambut Aidilfitri di negara ini.

Boleh beli apa?

Salah seorang darinya ialah lelaki dari Britain yang dikenali sebagai @smilewithscotty yang berkongsi momen ketika beraya di Kelantan.

Dia yang sedang berjinak bercakap bahasa Melayu itu berkongsi keramahan warga Kelantan terhadapnya.

Video terbarunya mencuri tumpuan apabila dia mendapat duit raya dari kanak-kanak.

Pertama kali menerima sampul raya tersebut, Scotty dilihat teruja apabila menerimanya.

image is not available
image is not available

"Sampul kecil, kita tengok apa yang ada di dalamnya. Oh ada duit, berapa ni," katanya.

Berkain pelekat, dia dengan penuh semangat menunjukkan duit raya sebanyak RM2.

image is not available
image is not available

Scotty turut bertanya kepada kanak-kanak terbabit apa yang boleh dibeli dengan duit sebanyak itu.

"Apa yang boleh saya beli dengan RM2? Satu roti canai biasa? Jom, saya suka roti canai," katanya.

Mengakhiri video itu, dia mengucapkan terima kasih kepada tiga kanak-kanak di situ.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, yang memuji tindakan kanak-kanak terbabit.

"Bagus budak ni, bak sini QR"

"Bagus attitude budak tu, tak meminta, malah memberi"

"Baguslah, RM2 pun gembira, bukan sebab nilai wang tapi nilai kemanusiaan"

"Budak-budak ini dah tunjuk contoh yang baik dan secara tidak sengaja menunjukkan budaya di negara kita ketika hari raya"

"Bagusnya adik. Tahniah kepada ibu bapa budak-budak ni yang mendidik"

"RM2 di Kelantan masih boleh beli roti canai biasa dan teh o panas"

"Okay la tu dia bersyukur dapat RM2, dia happy"

"Alhamdullilah, dia menghargai pemberian ikhlas adik-adik tu, dapat juga beli roti canai"

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 800,000 tontonan di TikTok.