“Dapat ganti rugi dan lesen sementara”- Tular Video Tak Dibenarkan Berniaga Oleh Penguat Kuasa, Isu Penjaja Petai Telah Selesai

Entertainment
22 Mar 2025 • 11:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, kecoh di media sosial selepas seorang penjaja petai tular membuang barang jualannya ke atas jalan kerana kecewa tidak dibenarkan berniaga menggunakan motosikal oleh penguat kuasa di Port Dickson.

Memetik laporan Berita Harian, penjaja tersebut bertindak sedemikian kerana penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson mahu mengambil tindakan terhadapnya.

Difahamkan, penjaja tersebut berniaga petai menggunakan motosikalnya berhampiran sebuah pasar raya di daerah terbabit.

Terkini, isu melibatkan peniaga tersebut telah diselesaikan dengan cara baik kerana pihak Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan ADUN Sri Tanjung iaitu YB Dr Rajasekaran Gunnasekaran telah berkunjung ke rumah peniaga tersebut untuk menyeselaikan tentang isu berkenaan.

image is not available

Menerusi perkongsian ADUN Sri Tanjung iaitu Dr Rajasekaran di Facebook, Ahli Parlimen Port Dickson iaitu Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun menerusi wakil beliau telah menyampaikan sumbangan kepada peniaga tersebut sebagai ganti rugi jualannya yang tidak dapat dijual semalam.

image is not available

Selain itu, hasil perbincangan juga pihak MPPD telah bersetuju untuk memberi lesen sementara kepada peniaga berkenaan iaitu Mohd Noor Bin Saad bagi membolehkannya berniaga secara sah.

Pegawai Penguat kuasa MPPD yang terlibat dalam isu video peniaga yang tular itu juga telah hadir ke rumah peniaga tersebut dan bersalaman sebagai tanda penyelesaian isu ini.

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.