Dapat Jolokan ‘Hakim Paling Baik Di Dunia’, Frank Caprio Meninggal Dunia Akibat Kanser

Entertainment
21 Aug 2025 • 9:51 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pernah menerima jolokan sebagai ‘hakim paling baik di dunia’, Hakim di Rhode Island, Frank Caprio dilaporkan meninggal dunia pada usia 88 tahun, semalam akibat kanser.

Menurut laman sosial rasmi Caprio di Instagram, berita dilaporkan sehari selepas Caprio memuat naik video berada di hospital dan memohon doa daripada pengikutnya akibat sakit yang dialami.

Malangnya saya berdepan keadaan kesihatan yang merosot, saya kini kembali dirawat di hospital dan sekali lagi saya memohon anda semua mengingati saya dalam doa,” katanya yang berdepan dengan kanser pankreas sebelum ini.

Terdahulu, hakim ini dikenali menerusi program Caught in Providence yang pernah tercalon dalam anugerah Emmy.

Sikap belas kasihan, rendah diri dan keyakinannya yang tidak pernah luntur terhadap kebaikan manusia ketika menjalankan tugas di mahkamah telah menyentuh hati jutaan insan yang menonton rancangan tersebut.

Beliau akan dikenang bukan sahaja sebagai seorang hakim yang dihormati, tetapi juga sebagai seorang suami, bapa, datuk, moyang dan sahabat yang setia. Legasinya akan terus hidup menerusi ribuan tindakan kebaikan yang diilhamkannya.”

“Sebagai penghormatan kepada beliau, marilah kita semua berusaha menzahirkan lebih banyak belas kasihan di dunia ini – sebagaimana yang beliau lakukan setiap hari,” tulis kenyataan rasmi di Instagram.

Susulan pemergiaan Caprio, Gabenor Rhode Island, Dan McKee telah mengarahkan bendera negeri itu dikibarkan separuh tiang sehingga hari pengebumian hakim tersebut dan menyifatkan Caprio sebagai “permata berharga” yang dekat dengan rakyat dan “simbol empati di kamar mahkamah, menunjukkan keadilan yang digandingkan dengan sifat kemanusiaan.”

Takziah buat ahli keluarga Caprio.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.