Dapat Layanan Baik Sepanjang 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Sempat Berdakwah & Ajar Mengaji - “Pengalaman Begitu Pahit, Gelap Hidup Saya Masa Itu…”

24 Sep 2024 • 11:01 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pendakwah selebriti, Da'i Syed mengakui mendapat layanan yang baik sepanjang berada dalam penjara Kajang selama 21 hari. 


Berdakwah dalam penjara


"Alhamdulillah, syukur. Masuk penjara kan, jadi pengalaman yang begitu pahit. Gelap hidup saya masa itu tapi Alhamdulillah kesihatan saya dalam penjara baik-baik sahaja. 

"Tapi hari ini saya tak berapa sihat sangat, saya deman ada ulcer jadi tak boleh nak cakap banyak. Sepanjang di dalam penjara saya dapat berdakwah, ajar orang mengaji, dan sambut Maulidur Rasul dalam penjara. 



Luang masa dengan anak sebelum ditangkap


"Ketika itu, saya baru luangkan masa bersama anak selama 16 hari. Tapi takdir Allah petang itu saya berniat nak cukur rambut anak saya tapi rambut saya yang dicukur," tambahnya.