Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tampil memohon maaf kepada rakan-rakan terdekat yang berkecil hati berhubung susunan tempat duduk ketika majlis resepsi perkahwinannya bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Bella mengakui persiapan majlis dalam tempoh yang singkat bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi apabila perlu menguruskan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.
AdvertisementMalah, dia mendedahkan ada menerima beberapa mesej daripada rakan terdekat yang meluahkan rasa terkilan sehingga ada yang mengambil keputusan untuk pulang disebabkan tempat duduk yang ditetapkan.
Ada Tetamu Balik Disebabkan ‘Seating’ Di Dalam Dewan
Menurut Bella, dia dan suaminya tidak terlibat secara langsung dalam menentukan susunan tempat duduk tetamu kerana urusan tersebut telah diambil alih oleh pasukan pengurusan mereka.
“Sebenarnya, dalam masa yang singkat sangat sukar untuk Bella. Terima kasih atas soalan itu. Hari ini pun Bella ada dapat beberapa mesej daripada rakan terdekat yang berkecil hati, yang balik disebabkan seating atau susunan tempat duduk. Bella betul-betul nak ucapkan ribuan mohon maaf sebab sebenarnya bukan Bella dengan YB yang letakkan seating. Mungkin mereka pun kasihan kita ada banyak kerja, jadi mereka yang ambil alih, pembantu peribadi dan pengurus saya,” katanya.
Bella Tegaskan Tidak Berniat Perkecilkan Sesiapa
Dalam pada itu, Bella menjelaskan bahawa susunan tempat duduk tersebut sama sekali tidak bertujuan untuk membezakan kedudukan atau memperkecilkan mana-mana tetamu.
Sebaliknya, semua individu yang menerima jemputan merupakan insan yang dihargai dan mempunyai tempat tersendiri dalam kehidupan mereka.
View this post on Instagram
“Jadi, saya harap semua faham saya tak ada niat langsung memperkecilkan atau mungkin ada rakan-rakan terdekat yang berkecil hati kenapa duduk di tempat ini. Tapi sebenarnya percayalah, semua yang kita jemput, 3,000 orang ini, adalah orang-orang yang baik dan yang kita ingat,” jelasnya.
Hargai Pasukan Yang Bertungkus-Lumus Hingga Tak Tidur
Walaupun mengakui terdapat kekhilafan dalam pengurusan majlis, Bella tidak mahu usaha pasukannya yang bekerja keras memastikan kelancaran acara tersebut dipandang sepi.
Katanya, ada dalam kalangan petugas yang sanggup tidak tidur demi menyiapkan susunan tempat duduk untuk ribuan tetamu.
“Saya minta maaflah, memang kekhilafan itu daripada kami. Tapi dalam pada masa yang sama, saya nak berterima kasih dengan pasukan saya. Mereka dah buat yang sehabis baik sampai tak tidur buat seating. Itu saja. Tak boleh nak puaskan hati semua orang,” katanya.
Bella berharap penjelasan dan permohonan maaf tersebut dapat meredakan rasa terkilan mana-mana pihak yang kurang berpuas hati dengan pengurusan tempat duduk pada majlis bahagianya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Persoal Nak Saman Pemfitnah Waktu Majlis BASS, Ruhainies Pertahan Tindakan - "Tak Adil Untuk Saya Kena Tunggu"
The post “Dapat Mesej Tetamu Balik Sebab ‘Seating’ Dalam Dewan, Mereka Kecil Hati” – Bella Astillah Mohon Maaf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






