Syed Saddiq Akhirnya Dedah Apa Yang Ditulis Dalam Buku Nota Ketika Majlis Berinai

LocalPolitics
20 Oct 2026 • 1:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tindakan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mencatat sesuatu dalam buku nota kecil ketika berada di pelamin majlis berinai bersama isterinya, Bella Astillah, baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

Foto dan video yang tular itu membuatkan ramai tertanya-tanya mengapa Syed Saddiq masih membawa buku nota ketika menghadiri acara penting dalam hidupnya.

Advertisement
View this post on Instagram

Bagaimanapun, Syed Saddiq, 34, menjelaskan bahawa tabiat mencatat idea sudah lama menjadi sebahagian daripada rutin hariannya.

Dapat Idea Tulis Ucapan Buat Bella Ketika Majlis Berinai

Menurut Syed Saddiq, dia terbiasa menulis perkara penting dalam buku nota kerana tidak semua idea mampu diingati.

“Saya sudah lama praktikan amalan ini. Bukan semua perkara kita boleh simpan dalam memori. Ada yang perlu ditulis. Dulu waktu nak belajar bahasa Inggeris pun saya buat benda yang sama.”

“Kadang kala masuk tandas pun saya bawa buku nota. Idea terbaik kadang-kadang datang dari dalam tandas,” katanya.

Lebih menarik, Syed Saddiq mendedahkan bahawa ketika majlis berinai berlangsung, dia mendapat ilham untuk menulis ucapan istimewa buat Bella sempena majlis resepsi mereka.

“Pada malam berinai tu bila saya dengar orang ramai bercakap, Bella bercakap tiba-tiba saya dapat idea untuk masukkan dalam ucapan saya sempena majlis resepsi. Saya rasa sayang kalau saya tak catat,” jelasnya.

Akhirnya Pilih Berucap Dari Hati Ke Hati

Walaupun membawa buku nota ke majlis resepsi, Syed Saddiq akhirnya membuat keputusan untuk tidak bergantung pada catatan tersebut ketika menyampaikan ucapan.

View this post on Instagram

“Hari ini pun saya bawa buku nota. Tetapi akhirnya saya buat keputusan untuk berucap dari hati ke hati,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Dalam pada itu, Syed Saddiq mengakui ada membaca komen netizen yang mempersoalkan tindakannya membawa buku nota ke majlis perkahwinan sendiri.

Namun, beliau menghormati pandangan yang diberikan oleh orang ramai.

Bella Pertahan Tabiat Suami, Anggap Contoh Baik Buat Anak-Anak

Sementara itu, Bella tidak melihat tabiat suaminya sebagai sesuatu yang pelik atau perlu dipersoalkan.

Sebaliknya, penyanyi dan pelakon itu berbangga kerana menganggap amalan mencatat nota sebagai kebiasaan positif yang boleh dijadikan contoh kepada anak-anaknya.

“Itu bukan suatu perkara yang buruk. Saya rasa itu adalah habit yang baik daripada dia buat benda yang bukan-bukan. Anak-anak pun boleh jadikan contoh.”

“Walaupun ada segelintir pihak yang mempersoalkan. Kata mereka inikan majlis bahagia. Tetapi saya terima suami saya seadanya. Saya rasa perkara sekecil itu tidak perlulah diperbesarkan,” ujarnya.

Majlis Resepsi Dihadiri 3,000 Tetamu

Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq meraikan kira-kira 3,000 tetamu pada majlis resepsi pertama mereka yang berlangsung di MITEC.

Majlis berkenaan turut dihadiri barisan tokoh politik, atlet negara serta selebriti tanah air.

Malah, acara yang mendapat gelaran Wedding of the Year itu turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ayden2026-10-19 09:39:04

"Terima Kasih Terima Saya Dan Ara, Terima Kasih Kerana Memilih Mama" - Ucapan Anak Lelaki Bella Astillah Di Majlis Resepsi Undang Sebak Ramai

The post Syed Saddiq Akhirnya Dedah Apa Yang Ditulis Dalam Buku Nota Ketika Majlis Berinai first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved