'Itulah biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza' - Mokhzani Ismail

LocalEntertainment
21 Oct 2026 • 10:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Itulah biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza' - Mokhzani Ismail
Siti Nurhaliza membuat persembahan sewaktu majlis persandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq.

PENGARAH muzik, Datuk Mokhzani Ismail menyifatkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebagai seorang penghibur luar biasa yang memiliki kelebihan dari segi pendengaran muzik, tona suara dan kawalan vokal.

Menurut Mokhzani, beliau sudah terbiasa mengiringi penyanyi secara spontan tanpa menghadiri latihan terlebih dahulu.

Bagaimanapun, pengalaman mengiringi Siti Nurhaliza membuat persembahan sewaktu majlis persandingan Bella Astillah dan Syed Saddiq memberikan pengalaman tersendiri buatnya, apatah lagi penyanyi itu tidak menghadiri latihan seperti kebanyakan penyanyi lain.

“Saya selalu mengiringi penyanyi secara ad hoc yang datang petik lagu dan saya terus jalan. Itu kerja gila saya buat selalu, tetapi bakat ini sangat luar biasa. Beliau tidak datang latihan sebagaimana penyanyi lain.

“Rozi mesej saya, dia kata Datuk Siti akan datang malam terus dan nyanyi. Kita siapkan skor ikut format biasa,” katanya.

Tambah Mokhzani, cabaran turut timbul apabila jarak pentas persembahan Siti Nurhaliza dikatakan melebihi 20 kilometer, sekali gus menyukarkan komunikasi antara penyanyi dan orkestra menerusi isyarat atau pandangan mata.

“Yang menjadikan agak sukar, pentas dia kira-kira 20 kilometer lebih. Susah nak angguk-angguk, jeling-jeling. Saya hanya ada satu penyelesaian. Kalau salah masuk, saya akan hentikan orkestra dan saya jalan terus dengan ritma.

“Tetapi memang dia sangat luar biasa, sangat extraordinary, dengan telinga yang hebat, tona dan kawalan suara terbaik, lengkap dengan penghayatan, semua secukup rasa. Itulah Biduanita Datuk Seri Siti Nurhaliza,” ujarnya. - Gempak

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved