Dapat Minum Kopi Sama-Sama Pun Dah Cukup” – Mamat Berhasrat Satukan Semula Jep dan Shuib

11 Jul 2023 • 11:54 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Rasanya ramai tahu sehingga ke hari ini Shuib dan Jep Sepahtu masih tidak bertegur sapa.

Malah, Jep turut memaklumkan dia sebenarnya tidak dijemput untuk hadir ke majlis itu.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd. Nur Murad iaitu rakan karib kepada dua pelawak ini berhasrat untuk menemukan semula dua sahabat ini dalam keadaan yang lebih tenang.

image is not available

Dalam pada itu, Mamat juga berasa bertanggungjawab untuk menyatukan semula Shuib dan Jep demi sebuah ukhwah yang sudah lama terjalin 17 tahun lalu.

Tambahan, pelawak itu memberitahu dia juga sering berjumpa dengan Jep Sepahtu dan ada berhubung dengan Shuib sewaktu majis perkahwinannya tempoh hari.

Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.