“Dapat minum kopi bertiga pun dah cukup” – Mamat Berhasrat Satukan Kembali Jep & Shuib

Entertainment
11 Jul 2023 • 1:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Rata-rata peminat sedia maklum hubungan dua pelawak dan penyampai radio terkenal iaitu Jep dan Shuib seakan renggang selepas timbul beberapa isu antara mereka berdua.

Sebagai bekas anggota Sepah, Mamat atau Mohd. Nor Murad pernah terfikir untuk menemukan dua sahabat baiknya dalam suasana santai seperti suatu ketika dulu, lapor Kosmo!

Sebagai individu yang menghimpunkan kumpulan itu sekitar 17 tahun lalu, Mamat berasa bertanggungjawab menjernihkan semula hubungan antara sesama rakan karibnya demi sebuah ukhuwah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MamatNana®️ (@mamatsepah)

“Dari hidup susah, ada yang sudah ke tahap jutawan, jadi orang penting. Saya pun tak sangka terjadinya isu sebegini dan soal perpecahan berbangkit. Secara peribadi memang saya mahu satukan mereka, tetapi bukan dalam keadaan sekarang ketika masing-masing sibuk,” katanya.

Rindu momen dulu

Mamat mengakui rindukan momen bersama rakan-rakannya itu dan dia turut mendedahkan sering berjumpa dengan Jep, sementara Shuib pula berhubung ketika majlis perkahwinannya baru-baru ini.

“Rindu memang rindu sebab Sepah adalah kumpulan terbaik yang saya ada. Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup,” katanya lagi.

Sebelum ini, Jep mendedahkan bahawa dia tidak dijemput menghadiri ke majlis perkahwinan Shuib dan Watie susulan tiada kehadirannya yang menjadi persoalan besar para peminat.

Sekadar info, kemelut antara Jep dan Shuib kelihatan ketara selepas pelawak itu tidak menyertai jelajah reunion Sepahtu, tetapi menerima undangan dengan program lawak bersama kumpulan lain.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.