Pelari Marathon Dunia Naik Teksi Ketika Bertanding, Tak Dapat Tamatkan Larian

Entertainment
11 Aug 2024 • 12:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Peminat sukan larian terutamanya marathon pasti tidak asing dengan nama Eliud Kipchoge. Atlet kelahiran Kenya ini adalah nama yang cukup besar selepas memegang rekod dunia dalam acara marathon dari tahun 2018 hingga 2023.

image is not available

Walau bagaimanapun, ketika Olimpik Paris 2024, Kipchoge tidak dapat menamatkan lariannya.

Beliau dilihat menaiki teksi yang disediakan penganjur ke garisan penamat selepas menarik diri daripada perlumbaan.

Memetik laporan Daily Mail UK, pemenang dua kali emas Olimpik itu yang bersaing pada usia 39 tahun, berhenti selepas 31 kilometer untuk memberikan laluan kepada pelari terakhir, Ser-Od Bat-Ochir.

image is not available

 

Dalam saingan itu, Kipchoge berada dalam kelompok hadapan selepas 10km pertama dan tercicir seminit di belakang pendahulu di pertengahan perlumbaan. Dia antara 10 pelumba yang gagal menamatkan perlumbaan.

Penonton yang hadir di kawasan sekitar paris tetap memberikan semangat kepada beliau ketika beliau memberikan kasut dan stokinnya kepada peminat sebelum menaiki van Olimpik.

image is not available

Pelari Ethiopia, Tamirat Tola meraih emas dalam acara marathon di Olimpik Paris 2024 sekaligus mencatat rekod Olimpik baharu dengan catatan masa 2:06:26.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.