Dapatkan Rambut Sihat Bersinar Dengan Koleksi Penjagaan Rambut Premium Jepun 

Beauty
24 May 2024 • 9:23 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Rambut adalah mahkota wanita. Ramai yang sanggup berhabisan bagi memastikan aset ini tampil menawan pada setiap masa. Jika rambut nampak tidak terurus, ramai wanita yang hilang keyakinan diri sehingga menjejaskan emosi.

Jadi, mencari produk rawatan rambut adalah usaha yang tidak pernah berhenti. Ini kerana tahap kesihatan rambut itu berubah-ubah bergantung kepada cuaca dan  juga hormon seseorang. 

image is not available

Bagi yang mendambakan rangkaian produk berasaskan bahan-bahan semujadi, bolehlah dapatkan  rangkaian penjagaan rambut Jepun yang dipilih dengan teliti seperti Ahalo Butter, Ahalo Honey, Fun Azum dan Theratis oleh Mixim.

Rangkaian produk premium ini dibawa masuk oleh i-Care Marketing dengan kerjasama dengan guardian Malaysia ini dibangunkan dengan teliti untuk menangani pelbagai masalah rambut, menjanjikan pengalaman transformatif untuk mereka yang mementingkan penjagaan rambut di seluruh negara.

image is not available

Sebagai pengedar tunggal rangkaian penjagaan rambut Jepun yang diidamkan ini, i-Care Marketing komited untuk menyediakan pengguna Malaysia akses kepada produk premium yang terkenal dengan ramuan berkualiti serta keberkesanan yang terbukti. 

Diperkaya dengan formula pembaikan organik, Ahalo Butter menghidupkan semula rambut, memulihkan kilauan dan daya hidup semula jadinya. 

image is not available

Mengandungi campuran unik minyak botani dan ceramide penting, rawatan ini menyuburkan dan membaiki rambut rosak dari dalam memberikan hasil yang tiada tandingannya.

Menangani punca kerosakan rambut, Ahalo Honey memberikan penyelesaian penghidratan yang komprehensif untuk memerangi kekeringan, kusut dan masalah kerinting. 

image is not available

Diperkaya dengan madu manuka organik, jeli diraja dan ekstrak botani, koleksi ini menambah kelembapan dan nutrien, memulihkan rambut untuk tampak segar. 

Fun Azum pula dibangunkan oleh sekumpulan ahli profesional penjagaan rambut, mencipta semula pengalaman salon dari keselesaan rumah anda. 

Dengan formula Platinum Ceramide yang inovatif dan ejen pembersihan berasaskan tumbuhan, rangkaian ini menjanjikan rambut berkilau dan dan penjagaan dengan kualiti salun dengan setiap penggunaan.

Direka untuk wanita moden yang sibuk, Theratis oleh Mixim menawarkan penyelesaian penjagaan malam holistik untuk memerangi masalah rambut kusut di waktu pagi. 

image is not available

Menampilkan syampu pembaikan malam dan rawatan rambut yang mewah, koleksi ini memberikan pengalaman deria, menenangkan rambut dan minda untuk pagi yang lebih segar.

Pengarah i-Care Marketing Sdn Bhd, Brian Tu berkata, pengguna Malaysia semakin arif mencari produk yang bukan sahaja memberikan hasil tetapi juga sejajar dengan nilai keaslian dan kualiti.

“Menerusi koleksi utama kami, kami berhasrat untuk memenuhi permintaan ini dengan menawarkan pelbagai rawatan yang diperkaya dengan bahan organik dan berasaskan tumbuhan yang disesuaikan untuk membaiki dan menghidupkan semula rambut yang paling bermasalah," ujarnya.

image is not available

Ketua Penjagaan Peribadi, Guardian Malaysia Jessica Barnabas turut menyatakan keterujaan mengenai kerjasama terbaharu ini dan yakin rakyat Malaysia akan berpuas hati dengan keberkesanan rangkaian produk dari Jepun ini. 

“Guardian teruja untuk bekerjasama dengan i-Care Marketing untuk membawa rangkaian ini kepada semua rakyat Malaysia dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penyelesaian penjagaan rambut untuk semua masalah rambut.

“Rangkaian ini adalah rangkaian jualan terbaik kami dan akan tersedia di 450 cawangan guardian di seluruh negara,” ujar beliau.

Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila lawati https://www.i-care.my/  dan https://guardian.com.my/. - Getaran, 24 Mei 2024 

Foto : i-Care Marketing