Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melancarkan platform penstriman digital rasmi, JDT+, pada 22 Oktober depan.
Platform tersebut diwujudkan bagi memberi peluang kepada penyokong menyaksikan pelbagai kandungan eksklusif di sebalik tabir skuad Harimau Selatan menerusi laman web jdtplus.com.
AdvertisementView this post on Instagram
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia, berkata JDT+ akan menampilkan dua dokumentari khas iaitu Untamed dan Outbound yang memaparkan perjalanan kelab serta perjuangan pasukan di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Menurutnya, JDT+ bertujuan merapatkan hubungan antara kelab dan penyokong, selain memberikan gambaran lebih dekat mengenai usaha serta cabaran yang dilalui pemain dan pengurusan.
“Selama ini penyokong hanya melihat pemain di atas padang, seolah-olah mereka sukar didekati. Menerusi JDT+, kami mahu berkongsi realiti sebenar JDT, bukan sahaja daripada sudut bola sepak, malah daripada aspek peribadi dan kemanusiaan.”
Dua Dokumentari Khas JDT+
Garcia menjelaskan Untamed akan memfokuskan kepada jiwa dan semangat Tunku Mahkota Ismail sejak mengambil alih kelab pada 2012.

Dokumentari itu turut memaparkan pelbagai dugaan, keputusan sukar serta visi Baginda dalam membangunkan JDT sehingga menjadi antara kelab bola sepak utama di Asia Tenggara.
“Untamed memfokuskan kepada jiwa dan semangat Tunku Mahkota Ismail sejak mengambil alih kelab pada 2012, termasuk pelbagai dugaan, keputusan sukar serta visi Baginda dalam membina empayar JDT sehingga menjadi gergasi bola sepak Asia Tenggara.
Sementara itu, Outbound pula akan membawa penonton mengikuti perjalanan JDT dalam saingan ACL, termasuk emosi pasukan, sesi latihan dan perlawanan yang ditempuhi dalam usaha mengejar kejayaan di peringkat Asia.
Harga Langganan Akan Diumumkan Ketika Pelancaran
Dalam pada itu, Garcia memaklumkan harga langganan bulanan dan tahunan serta pelan keahlian JDT+ akan diumumkan ketika pelancaran pada 22 Oktober depan.
Bagaimanapun, beliau berkata platform berkenaan bukan semata-mata berteraskan keuntungan komersial, sebaliknya diwujudkan sebagai usaha memberikan nilai tambah kepada para penyokong.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Ex Wife Pun Tak Meminta" - El Azman Dedah Beri Nafkah Tak Berkira, Pernah Hulur Hingga RM100K Buat Belanja
The post Dari 2012 Hingga Jadi Gergasi Asia Tenggara, Visi Tunku Mahkota Ismail Dibongkar Dalam Dokumentari 76 Minit first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






