“Dari dahulu lagi” – Zul Ariffin Jelaskan Gayatri Memang Selalu Beraya Dengan Keluarganya

Entertainment
17 Apr 2024 • 3:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lepas, dapat dilihat di media sosial kemeriahan sambutan Aidilfitri di seluruh Malaysia termasuklah selebriti tempatan yang meraikan perayaan itu bersama keluarga mereka.

Namun, seorang selebriti menarik perhatian netizen iaitu Zul Ariffin yang dilihat beraya bersama dua orang kakaknya serta penerbit filem, Gayatri Su-lin Pillai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gayatri Su-lin Pillai (@gayapillai)

Posting di Instagram itu membuatkan ramai yang tertanya-tanya berkenaan hubungan mereka berdua, tetapi Zul menerusi Berita Harian berkata ianya adalah sesuatu perkara yang biasa.

Malah, Zul atau nama penuh, Zulkifli Ariffin berkata keluarga terutama arwah ibunya, Allahyarham Robiah Nasir sudah menganggap Gayatri seperti anak sendiri.

“Gayatri setiap tahun beraya dengan famili saya. Dari dahulu lagi, arwah emak saya sayang dia dan anggap seperti anak sendiri.

Benda (bergambar sekeluarga) tiap-tiap tahun ada. Cuma abang saya sahaja yang tiada dalam foto itu. Jadi, saya anggap itu perkara biasa,” katanya.

Pelakon filem Tombiruo itu juga berharap dia diberi ruang untuk tidak berkongsi perkara peribadi susulan desas-desus dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Namun, Zul berjanji tidak akan berahsia jika sudah sampai seru mendirikan rumah tangga.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.