Selepas berjaya menamatkan Larian Kesyukuran sejauh 170 kilometer, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu memberikan tumpuan kepada fasa baharu dalam kehidupannya, iaitu membina rumah tangga.
Syed Saddiq berkata, keputusan itu dibuat selepas lebih 10 tahun memberikan sepenuh perhatian terhadap perjuangan politik sejak tahun 2014.
AdvertisementView this post on Instagram
“Sejujurnya sekarang saya nak berikan fokus untuk mulakan rumah tangga saya dahulu. Ini bukan jawapan selamat, ini jawapan yang jujur dan ikhlas, memang daripada hati ke hati.”
Pada 28 Mac lalu, Syed Saddiq dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Tetap Laksanakan Amanah Sebagai Ahli Parlimen
Dalam masa sama, bekas Menteri Belia dan Sukan itu menegaskan bahawa fokus terhadap kehidupan peribadi tidak bermakna beliau akan mengabaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Muar.
Menurutnya, amanah yang diberikan oleh rakyat akan terus dilaksanakan selagi Parlimen belum dibubarkan.
“Tanggungjawab di Parlimen dan tanggungjawab sebagai ahli biasa MUDA tetap akan saya laksanakan selagi Parlimen tidak dibubarkan.
“MUDA hari ini dipimpin oleh Amira Aisya And Aziz yang telah dipilih. Ini bukan soal parti milik saya sahaja kerana ada proses pemilihan yang perlu dilalui,” katanya.
Syed Saddiq turut menjelaskan bahawa perjuangan politik tidak semestinya bergantung kepada golongan yang memiliki kekayaan besar.
View this post on Instagram
Sebaliknya, sokongan daripada rakyat biasa membuktikan perjuangan tersebut masih boleh digerakkan melalui sumbangan kecil yang diberikan dengan penuh keikhlasan.
“Selalu orang kata sebagai ahli politik kita hanya perlu bergantung kepada mereka yang ada berjuta-juta dan berbilion ringgit. Tetapi saya tetap katakan hari ini, jumlah RM600,000 yang dikutip ini disumbangkan oleh lebih 10,000 rakyat Malaysia.
“Di tepi jalan ada yang menyumbang 50 sen, RM1 dan ada yang memberi mengikut kemampuan masing-masing.
“Nilai mungkin kecil pada pandangan sesetengah orang, tetapi makna di sebaliknya sangat besar kerana ia datang daripada rakyat biasa yang mahu bersama-sama dalam perjuangan ini,” katanya.
Baginya, setiap sumbangan yang diterima membawa makna besar kerana ia melambangkan kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap perjuangan yang dibawanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ara Dilabel 'Cacat' Gara-Gara Sering Berdukung Dengan YB SS, Bella Astillah Menangis- "Saya Akan Ambil TIndakan.."
The post “Dari Hati Yang Ikhlas, Saya Nak Fokus Bina Rumah Tangga Bersama Bella Astillah Dulu” – Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




