Dari Hidangan Utama Hingga Pencuci Mulut, Secret Garden Sibu Tawar Aneka Makanan Menarik

23 Jan 2024 • 10:28 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Secret Garden Sibu pilihan tepat bagi peminat makanan Western

Dari Hidangan Utama Hingga Pencuci Mulut, Secret Garden Sibu Tawar Aneka Makanan Menarik. Siapa kat sini minat makanan dengan selera Western atau ada yang minat pencuci mulut yang sejuk dan beraneka rasa? Rasanya Secret Garden adalah pilihan tepat untuk anda.

Secret Garden Sibu adalah sebuah lagi tempat makan menarik yang boleh dikunjungi oleh penggemar makanan atau hidangan ala Western. Bahkan, untuk para penggemar minuman berais yang dikisar serta aneka pencuci mulut yang bersaiz besar, boleh datang kesini untuk menikmati hidangan anda.

image is not available
Dari Hidangan Utama Hingga Pencuci Mulut, Secret Garden Sibu Tawar Aneka Makanan Menarik. Sumber gambar: FB Info Sibu

Beroperasi dari 12 tengahari sehingga 11 malam

Beralamat di 31 Ground Floor, Jalan Dr. Wong Song Kai 7, Pekan Sibu merupakan pilihan lokasi yang mudah dicapai untuk warga Sibu ataupun pelanggan dari kawasan berdekatan seperti Sarikei, Bintangor. Dengan pilihan rekaan dalaman yang minimal, sangat menyenangkan untuk pelanggan meluangkan masa disini.

Beroperasi dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 11 malam, Secret Garden Sibu menjadi pilihan terbaik untuk pelanggan menikmati juadah tengahari untuk pelanggan yang bekerja di siang hari atau menikmati minum petang selepas selesai waktu bekerja. Begitu juga pada sebelah malam. Boleh dijadikan pilihan untuk menikmati hidangan makan malam bersama keluarga.

image is not available
Sumber gambar: FB Info Sibu

Bukan itu sahaja, dengan jumlah hidangan yang bersaiz besar, mungkin ada yang beranggapan harga yang dikenakan mungkin agak tinggi. Tetapi, di Secret Garden sebaliknya. Kesemua harga makanan yang disediakan adalah dalam kadar yang berpatutan.

Oleh itu, untuk warga Sibu dan kawasan berdekatan, boleh jadikan Secret Garden Sibu sebagai pilihan untuk anda menikmati juadah serta menikmati masa anda dengan selesa.

Maklumat penting

Lokasi: 31 Ground Floor. Jalan Dr. Wong Song Kai 7, Pekan Sibu, 96000 Sibu, Sarawak, Sibu, Malaysia

Waktu operasi: 12pm-11pm

Hubungi: 019-889 6675

Boleh baca artikel lain dibawah untuk tempat makan menarik di Sibu:

https://www.iloveborneo.my/ini-adalah-5-tempat-makanan-western-di-sibu/

https://www.iloveborneo.my/kedai-retro-hidangkan-sup-tulang-terbaik-di-sibu-jom-singgah-ke-setinggan-cafe/