
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memang benar, tiada seorang pun manusia yang dapat menjangka rezeki yang akan diterimanya, semuanya adalah rahsia Allah SWT.
Namun sebagai hambaNya, apa yang kita boleh lakukan adalah terus berusaha dan bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Soal rezeki ini bukan hanya manusia sahaja yang diberi, mahkluk Allah yang lain seperti kucing juga memiliki rezeki tersendiri.
Rocket Haheng jadi duta Bulan Bintang
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seekor kucing popular di TikTok iaitu Rocket Haheng atau panggilan manjanya Oked yang dahulunya hanyalah ‘stray cat’ kini menjadi duta baju Melayu jenama pakaian tempatan, Bulan Bintang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok (@okedboy), kelihatan Oked begitu selesa mengayakan baju Melayu Bulan Bintang berwarna ‘rich brown’ yang dibuat khusus untuknya.
Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azim atau lebih dikenali sebagai Meri turut turun padang untuk bertemu dengan Oked semasa proses mengukur dan menjahit baju buat kucing itu.
Dulu kucing jalanan tiada yang peduli, kini disayangi ramai
Dalam hantaran sama, turut dikongsikan rakaman-rakaman semasa Oked ditemui dahulu yang kelihatan begitu kotor dan kurus.
Namun rezeki Oked telah dipertemukan dengan seorang wanita yang sudi mengambil, merawat dan menjaganya dengan sepenuh hati hingga menjadi apa yang dilihat hari ini.
Jika dahulu keadaannya seperti tidak terurus, kini si comel itu kelihatan sangat gebu, sihat serta aktif hasil jagaan wanita yang berasal dari Muar, Johor itu.
Rocket ke Bulan Bintang!. 🚀 Dari stray cat ke Bulan Bintang 🌙⭐️🚀 #terpalingraya
Pada ketika ini, Bulan Bintang belum lagi mengeluarkan koleksi baju Melayu khas untuk kucing di mana-mana butik pakaian mereka.
Namun, tidak pasti sama ada kehadiran Oked menjadi duta Bulan Bintang merupakan ‘hint’ bahawa jenama pakaian itu akan mengeluarkan koleksi baju raya kucing pertama mereka pada masa akan datang.
Baca Artikel Berkaitan: Rezeki Tak Salah Alamat, Rider Grab Kumpul Duit Kahwin Terima ‘Tip’ RM500 Dari Pelanggan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Chef Ammar Kongsi Keajaiban Beri Kucing Makan, Rezeki Tak Pernah Berhenti [Video]

![“Undercover Ke” – Ramai Terhibur Lihat Wanita Disakat Gelandangan, Siap Usik Nak Melamar [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)

![Imam Di AS Curi Tumpuan, Ajak Jemaah Buat Push-Up Selepas Solat Tarawih [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/sports.jpeg)
![Peniaga Terpaksa Tunjuk Cara Masak Selepas Pelanggan Bagi Review 1 Bintang Kerana Terus Makan Ketupat Frozen [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)