Kumpulan Malaysian Dogs Deserve Better (MDDB) memaklumkan pihaknya akan membuat laporan polis terhadap pemilik lima ekor anjing yang didakwa menyerang dan mencederakan kanak-kanak berusia dua tahun di Peserai, Batu Pahat.
Dalam satu kenyataan di media sosial, MDDB berkata pihaknya telah menerima maklumat mengenai identiti pemilik anjing berkenaan daripada sumber yang dipercayai.
Advertisement
Bagaimanapun, mereka memilih untuk merahsiakan identiti tersebut buat sementara waktu bagi menghormati perasaan serta bersimpati dengan mangsa dan keluarganya namun di ruangan komen MDDB mengiyakan bawah pemilik anjing buruan tersebut adalah dari kalangan ahli keluarga adik Haira sendiri.

MDDB turut menafikan dakwaan bahawa pihak mereka bertanggungjawab terhadap tragedi berkenaan selepas menerima kecaman daripada sesetengah pihak.
“Tindakan anda semua yang mencaci dan memalukan kami—seolah-olah kami yang bertanggungjawab atas tragedi tersebut dan merupakan pemilik anjing-anjing itu—sudah melampau batas.”
Menurut kumpulan berkenaan, laporan polis akan dibuat terhadap pemilik anjing terbabit atas dakwaan gagal memandulkan, memberikan vaksin serta mendapatkan lesen bagi anjing-anjing tersebut.
Mereka juga mendakwa lima ekor anjing berkenaan dibiarkan berkeliaran sehingga membahayakan penduduk di kawasan sekitar.
Selain laporan polis, MDDB memaklumkan laporan turut akan dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) dan tindakan undang-undang akan diambil bagi menuntut pertanggungjawaban pemilik anjing terbabit.
MDDB turut berkata satu sidang media akan diadakan selepas laporan-laporan berkenaan dibuat, dan identiti pemilik lima ekor anjing tersebut akan didedahkan.
Kenyataan itu dibuat susulan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang parah selepas diserang lima ekor anjing liar di halaman rumah di Peserai, Batu Pahat, baru-baru ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Diserang Lima Anjing Liar, Kanak-Kanak Parah Selamat Jalani Pembedahan - "Adik Sangat Lemah, Nafasnya Perlahan.."
The post “Dari Sumber Yang Dipercayai..” – NGO Haiwan Liar Dakwa Pemilik Anjing Yang Mengigit Adik Haira Adalah Datuknya Sendiri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




