“Dari tempat ketiga jadi DNF?” – Syed Saddiq Perjelas Status ‘DNF’ Dalam Triathlon Desaru 2024

Entertainment
10 Jul 2024 • 3:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Hari ini, kecoh di media sosial apabila Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dikatakan ‘merampas’ tempat ketiga dalam 113 Triathlon Desaru 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Ia susulan satu kenyataan daripada seorang individu di media sosial yang menyatakan Syed Saddiq tidak melengkapkan jarak perlumbaan itu sepenuhnya.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan oleh Ahli Parlimen Muar itu dan dia telah pun menjelaskan perkara sebenarnya.

Tidak lama kemudia, tular satu lagi tangkap layar yang menunjukkan Syed Saddiq diklasifikasikan sebagai DNF (did not finish) dalam perlumbaan itu.

image is not available

Syed Saddiq sekali lagi menerusi media sosial miliknya menjelaskan apa yang berlaku dan mengakui terdapat sedikit kesilapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

“Selepas merujuk kepada data Apple Watch saya, jelas terdapat kesilapan dan saya bertanggungjawab sepenuhnya untuk itu.

Ini adalah kesilapan yang jujur ​​di pihak saya, walaupun saya sudah menyemak semula masalah semasa perlumbaan dan memberitahu pasukan teknikal, sebagai peserta saya sepatutnya lebih bertanggungjawab.

Saya memohon maaf tanpa syarat kepada komuniti triatlon, ya saya baru & saya berharap untuk bertambah baik. Selepas bercakap dengan penganjur dan wakil teknikal, lebih baik status saya adalah DNF,” tulisnya di kapsyen.

Sebelum ini, pengasas parti Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) itu menafikan menipu dalam acara tersebut, selepas dia didakwa tidak menghabiskan tiga pusingan (course) berbasikal sebaliknya hanya menamatkan dua pusingan.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.