
KALAU bercakap tentang seksi, memang nama Sabronzo antara yang kerap terkait dengan imej sebegitu.
Namun nampaknya imej seksi Sabronzo seperti makin menjadi-jadi dan berani. Makin ‘daring’!
Mana tidaknya, baru-baru ini dia memuat naik video memakai sehelai dres yang mencolok mata dengan mendedahkan bahagian sisi dan belakang badannya.
Bukan itu sahaja, pada bahagian pinggang pula kelihatan imej seperti tatu yang dakwa segelintir peminat adalah tatu palsu.
Cuma Diva tak nafikan, Sabronzo semakin hari semakin ‘hot’ lebih-lebih lagi selepas bergelar isteri DJ Dash Berlin.
Namun ada juga yang meminta dia tidak terlalu berani tambahan pula statusnya sebagai wanita Muslim.
Diva pun tak boleh nak cakap banyak sangat sebab semua itu adalah pilihan masing-masing.
Kalau nak cakap Sabronzo terima teguran sebelum ini, sepertinya tidak, sebab nampak macam masuk angin keluar asap, tengah bahagia dan sihat, cuma jangan meroyan
kalau kena kecam. Ke nak kena menteri agama yang bagi teguran?
DIVA: Meriah betul acara hiburan malam tadi, ada konsert Unggu 3 Dasawarsa, Barbarik dengan Biru Mata Hitamku, ada juga konsert mingguan Kilauan Emas Selebriti. Tak menang tangan kita!
The post ‘Daring’ seksi Sabronzo menjadi-jadi appeared first on Kosmo Digital.


