Makin selektif pilih kerjasama, ini sebab Meerqeen setuju jadi duta Siri REDMI Note 17

DigitalLifestyle
3 Sep 2026 • 8:59 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Makin selektif pilih kerjasama, ini sebab Meerqeen setuju jadi duta Siri REDMI Note 17

JADUAL padat dari pagi hingga malam bukan sesuatu yang asing buat pelakon Meerqeen.

Daripada berada berjam-jam di set penggambaran drama, menjalani sesi penggambaran produk hinggalah menghadiri majlis rasmi, rutin hariannya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai komitmen.

Dalam kesibukan itu, telefon pintar menjadi antara barang penting yang sentiasa ada bersamanya. Bukan sekadar untuk berhubung, peranti berkenaan turut digunakan bagi menguruskan urusan kerja, berkomunikasi dan mengikuti perkembangan di media sosial.

Justeru, apabila Meerqeen dilantik sebagai Duta Siri REDMI Note 17, kerjasama tersebut dilihat cukup dekat dengan gaya hidupnya yang pantas dan memerlukan peranti yang mampu mengikut rentak hariannya.

Pemilik nama sebenar, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam mengakui teruja apabila diberi kepercayaan oleh Xiaomi untuk membawa peranan tersebut, apatah lagi selepas berpeluang mengenali dengan lebih dekat produk serta pasukan di sebalik jenama berkenaan.

Image from: Makin selektif pilih kerjasama, ini sebab Meerqeen setuju jadi duta Siri REDMI Note 17

“Dipilih sebagai Duta Siri REDMI Note 17 merupakan satu penghormatan yang sangat besar dan saya sangat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh Xiaomi kepada saya.

“Saya tidak sabar untuk berkongsi lebih banyak pengalaman bersama semua sepanjang kempen ini, jadi teruskan menyokong!” katanya.

Teknologi lebih mampu milik

Seiring dengan perkembangan kerjaya, Meerqeen mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dalam memilih sebarang bentuk kerjasama.

Baginya, sesuatu jenama bukan hanya perlu mempunyai nama besar, sebaliknya lebih penting apabila produk atau perkhidmatan yang ditawarkan mempunyai kaitan dengan kehidupan seharian dan mampu memberikan manfaat kepada masyarakat.

Atas sebab itu, Xiaomi menjadi antara jenama yang menarik perhatiannya menerusi pendekatan teknologi yang lebih mampu milik tanpa mengetepikan aspek kualiti.

“Saya sentiasa percaya untuk bekerjasama dengan jenama yang benar-benar terhubung dengan kehidupan seharian masyarakat dan Xiaomi adalah salah satu daripadanya.

“Mereka menjadikan teknologi lebih mampu milik tanpa mengabaikan kualiti, yang merupakan sesuatu yang sangat saya hargai.

“Pasukan mereka sangat memberikan kerjasama, kreatif dan benar-benar menghargai pandangan saya,” ujarnya lagi.

Image from: Makin selektif pilih kerjasama, ini sebab Meerqeen setuju jadi duta Siri REDMI Note 17

Bagi seseorang yang menghabiskan sebahagian besar masa di luar rumah, ketahanan bateri menjadi antara perkara paling penting buat pelakon berusia 25 tahun itu lagi.

Panggilan, mesej, media sosial dan pelbagai aplikasi menjadi sebahagian daripada rutin hariannya, terutama ketika berada di set penggambaran atau menghadiri acara.

Dalam masa sama, keupayaan telefon mengendalikan pelbagai aplikasi secara serentak juga penting supaya segala urusan dapat dilakukan dengan lancar.

“Paling penting untuk saya semestinya ketahanan bateri. Tugas saya melibatkan banyak panggilan, mesej, media sosial dan pelbagai aplikasi, jadi saya perlukan telefon yang mampu bertahan sepanjang hari.

“Prestasi juga sangat penting kerana saya biasanya menjalankan banyak aplikasi secara serentak, jadi saya perlukan telefon yang mampu mengikut rentak kerja saya dan mengendalikan segala-galanya dengan lancar,” jelasnya.

Dengan rutin yang sentiasa mengejar masa, pengalaman menggunakan Siri REDMI Note 17 nyata memudahkan urusan harian Meerqeen.

Mana tidaknya, sebelum ini dia kerap berdepan situasi terlupa mengecas telefon atau powerbank. Ada kalanya, ketika sedang rushing, terpaksa pula mengecas peranti dalam kereta yang prosesnya dirasakan agak lambat.

Image from: Makin selektif pilih kerjasama, ini sebab Meerqeen setuju jadi duta Siri REDMI Note 17

Kapasiti bateri 10,000mAh

Namun, situasi tersebut kini lebih mudah diatasi menerusi REDMI Note 17 Pro Max 5G yang hadir dengan kapasiti bateri 10,000mAh.

“Bila saya mula guna Siri REDMI Note 17, saya tidak lagi kerap mencari pengecas atau powerbank seperti yang biasa saya lakukan sebelum ini kerana kapasiti baterinya yang sangat besar dan boleh bertahan sekurang-kurangnya dua hari!

“Kadang-kadang bila rushing, saya memang terlupa langsung nak cas telefon atau powerbank, sampai terpaksa cas dalam kereta yang prosesnya agak lambat.

“Jadi bila ada bateri gergasi 10,000mAh ini, saya tidak lagi perlu membawa powerbank ke mana-mana. Kurang satu lagi barang dalam beg untuk difikirkan.

“Saya hanya perlu cas penuh REDMI Note 17 Pro Max 5G saya dan ia bertahan sepanjang hari,” kongsinya lagi.

Bagi Meerqeen, kelebihan tersebut bukan sahaja memudahkan urusan ketika bekerja, malah mengurangkan satu lagi perkara kecil yang perlu difikirkan ketika bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.

Kerjaya sibuk, kesihatan tetap dijaga

Walaupun kehidupan sebagai pelakon sering dipenuhi komitmen kerja,

Meerqeen tetap memberi perhatian kepada keseimbangan gaya hidup.

Setiap pagi, dia cuba meluangkan masa untuk aktiviti fizikal seperti berlari atau ke gim bagi memastikan tubuh kekal cergas sebelum memulakan hari.

Apabila berada di rumah pula, dia memilih untuk memperlahankan rentak dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

Image from: Makin selektif pilih kerjasama, ini sebab Meerqeen setuju jadi duta Siri REDMI Note 17

Telefon turut diletakkan ke tepi buat seketika supaya dia dapat menikmati waktu bersama insan tersayang, selain menyemak skrip sebagai persediaan untuk penggambaran seterusnya.

Namun, dalam dunia yang serba digital, Meerqeen mengakui dirinya juga tidak terlepas daripada meluangkan sedikit masa untuk doomscrolling di media sosial apabila mempunyai waktu lapang.

Daripada mengejar masa di set penggambaran hinggalah menikmati waktu santai di rumah, teknologi sememangnya sudah menjadi sebahagian daripada rutin harian Meerqeen.

Justeru, pelantikan sebagai Duta Siri REDMI Note 17 bukan sekadar satu lagi pencapaian dalam kerjayanya, tetapi turut mencerminkan keserasian antara teknologi dan gaya hidup seorang anak seni yang sentiasa bergerak pantas.

Dengan telefon yang mampu mengikut rentak kerjanya, Meerqeen kini boleh memberi lebih tumpuan kepada perkara yang lebih penting, tanpa perlu terlalu memikirkan bila telefon atau powerbank perlu dicas lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved