
PETALING JAYA – Salah satu faktor yang menjadi keutamaan bagi pembelian telefon pintar dalam kalangan masyarakat adalah ketahanan baterinya dan bagi memenuhi keperluan tersebut, Vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar terbaharunya di pasaran baru-baru ini.
Bagi memenuhi keperluan tersebut, Vivo V80 Lite 5G kini diperkenalkan dengan menampilkan ketahanan bateri luar biasa peranti tersebut menerusi cabaran ketahanan.
Ia direka khas untuk rakyat yang menjalani hari-hari penuh cabaran menggabungkan bateri BlueVolt berkapasiti besar 10,000mAh dengan kuasa stabil sehingga 45 celcius bagi prestasi sepanjang hari yang diyakini.
Menurut kenyataan, ketahanan luar biasa itu telah dibuktikan di peringkat global apabila peranti itu mendapat pengiktirafan Guinness World Records bagi siaran langsung ujian produk elektronik paling lama dengan tempoh mengagumkan selama 32 jam 37 minit.
“Bagi menandakan pencapaian pertama siri V dalam kategori bateri 10,000mAh, Vivo V80 Lite 5G direka untuk bertahan sepanjang hari sampai malam, menyokong pelbagai aktiviti daripada navigasi penentu kedudukan global (GPS) dan panggilan bersama pelanggan hingga berjam-jam berhibur dengan sekali pengecasan.
“Bateri ini menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging daripada Vivo, menawarkan sehingga 16 jam penggunaan intensif sambil mengekalkan reka bentuk yang nipis dan selesa untuk digunakan.
“Bagi mengekalkan prestasi optimum ketika melakukan aktiviti yang mencabar, peranti ini turut dilengkapi dengan Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC yang membantu memastikan peranti kekal sejuk walaupun digunakan di bawah panas matahari,” katanya.

Vivo berkata, bagi memberikan ketenangan fikiran kepada pengguna, Battery Life Extender yang digunakan memastikan fungsi penting seperti panggilan kecemasan kekal tersedia walaupun baki bateri hanya satu peratus.
Selain itu katanya, fungsi Reverse Charging membolehkan Vivo V80 Lite 5G berfungsi sebagai bank kuasa mudah alih, membolehkan pengguna mengecas peranti lain seperti fon telinga stereo tanpa wayar (TWS) ketika dalam perjalanan.
Ketahanan jangka panjang pula menjadi fokus utama dalam pembangunan bateri ini, dengan algoritma pengecasan yang dibangunkan sendiri serta sistem perlindungan enam lapisan yang berfungsi secara berterusan bagi membantu mengekalkan kesihatan bateri.
“Teknologi ini memastikan bateri kekal dalam keadaan optimum untuk menyokong prestasi sepanjang hari dengan kapasiti bateri dikekalkan pada sekurang-kurangnya 80 peratus walaupun selepas enam tahun penggunaan.
“Vivo V80 Lite 5G telah melepasi ujian ketahanan bertaraf ketenteraan yang ketat, menjadi asas kepada peranti yang direka untuk menampung kesibukan kehidupan seharian.
“Turut dilengkapi dengan ketahanan jatuh yang kukuh, mampu menahan jatuh dari ketinggian sehingga tiga meter di atas permukaan berkarpet dan satu meter di atas pelbagai permukaan keras, bagi menghadapi hentakan tidak disengajakan dengan lebih baik,” katanya.
Sebagai ciri tambahan, Vvo V80 Lite 5G akan mula memperkenalkan teknologi Extended RAM mulai 24 September ini di mana teknologi itu direalisasikan melalui pengoptimuman perisian untuk memberikan pengalaman multitugas yang lebih lancar serta prestasi keseluruhan yang dipertingkatkan. -KOSMO! ONLINE
The post Ketahanan bateri luar biasa telefon pintar jadi pilihan pengguna masa kini appeared first on Kosmo Digital.






