Dart Terbuka Sabah diperluas tahun depan

17 Feb 2024 • 8:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kejohanan Dart Terbuka Antarabangsa Sabah yang diadakan sempena sambutan Ulang Tahun ke-24 Bandaraya Kota Kinabalu akan diperluaskan pada skala yang lebih besar tahun depan.

Mayor Datuk Seri Sabin Samitah berkata demikian selepas kejayaan kejohanan tahun ini bermula pada Jumaat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu yang telah menarik lebih 100 pasukan termasuk dari Brunei dan Filipina.

Katanya, penganjuran kejohanan selama tiga hari itu merupakan salah satu usaha DBKK dalam memberi pengiktirafan kepada komuniti dart tempatan.

“Sukan merupakan salah satu medium paling ampuh dalam menyatupadukan masyarakat tanpa mengira pangkat, umur, jantina dan bangsa.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Kehidupan yang cergas dan aktif adalah penting untuk kesihatan tubuh badan dan seterusnya akan melahirkan minda yang cerdas dan kreatif.

“Penyertaan pasukan dari luar negara membabitkan Brunei dan Filipina membuktikan kejohanan ini mencapai matlamatnya kerana secara tidak langsung akan menarik lebih ramai peserta asing berkunjung ke negeri ini.

“Selepas ini kita akan mengadakan perbincangan untuk mengembangkan lagi kejohanan ini pada tahun hadapan,” katanya dalam ucapan yang dibacakan Ketua Pengarah DBKK Junainah Abbie.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.