Data Peribadi, Simpanan Pelanggan Kekal Selamat & Tak Terjejas - Bank Rakyat

LocalBusiness & Finance
7 Nov 2026 • 4:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Data Peribadi, Simpanan Pelanggan Kekal Selamat & Tak Terjejas - Bank Rakyat

Bank Rakyat memberi jaminan bahawa data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas susulan gangguan akses laman web korporatnya pada Jumaat.

Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Bank Rakyat juga berkata sistem serta operasi perbankannya terus beroperasi seperti biasa.

"Bank Rakyat menegaskan bahawa gangguan akses yang sedang berlaku hanya menjejaskan laman web korporat dan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga," katanya.

Baca juga:

Menurut Bank Rakyat, sementara pemulihan akses laman web korporat sedang dilaksanakan, pelanggan boleh terus menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif laman web iRakyat, aplikasi mudah ali iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda. Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Keselamatan dan kepentingan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Bank Rakyat," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved