Data peribadi, simpanan pelanggan Bank Rakyat kekal selamat

LocalBusiness & Finance
7 Nov 2026 • 4:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Data peribadi, simpanan pelanggan Bank Rakyat kekal selamat
Gangguan yang melibatkan laman web korporat perbankan berkenaan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

SHAH ALAM - Data peribadi, maklumat perbankan dan simpanan pelanggan Bank Rakyat kekal selamat meskipun berlaku gangguan akses terhadap laman web korporat bank berkenaan.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan yang berlaku hanya melibatkan laman web korporat dan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Menurutnya, sistem dan operasi perbankan Bank Rakyat dijamin kekal beroperasi seperti biasa, manakala data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan tidak terjejas.

"Pelanggan masih boleh menjalankan urusan perbankan seperti biasa menerusi lima saluran alternatif menerusi laman web iRakyat, aplikasi mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan i-bizRAKYAT sementara kerja-kerja pemulihan akses laman web korporat sedang dilaksanakan.

"Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan menghargai kesabaran anda, sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, laman web korporat Bank Rakyat tidak dapat diakses buat sementara waktu.

Susulan itu, bank berkenaan menerusi pemakluman kepada pelanggan menasihatkan pengguna supaya menggunakan saluran alternatif yang disediakan bagi mendapatkan perkhidmatan perbankan digital sepanjang tempoh tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved