Data peribadi pelanggan Bank Rakyat selamat

LocalBusiness & Finance
7 Nov 2026 • 4:04 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat memberi jaminan sistem serta operasi perbankannya terus beroperasi seperti biasa dengan data peribadi, maklumat perbankan serta simpanan pelanggan kekal selamat dan tidak terjejas meskipun berlaku gangguan akses buat sementara waktu.

Bank Rakyat dalam kenyataan hari ini memaklumkan gangguan akses yang berlaku hanya menjejaskan laman web korporat bank itu dan berpunca daripada isu teknikal pada sistem penyedia perkhidmatan pihak ketiga.

Bank itu memaklumkan sementara pemulihan akses laman web korporat dilaksanakan, pelanggan boleh terus menjalankan urusan perbankan seperti biasa melalui saluran alternatif seperti laman web iRakyat https://irakyat.com.my, aplikasi perbankan mudah alih iRakyat, BRICK, QR2E dan portal perbankan perniagaan i-bizRAKYAT.

“Kami memohon maaf atas kesulitan dialami dan menghargai kesabaran anda. Sebarang perkembangan lanjut berhubung perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Bank Rakyat menegaskan keselamatan dan kepentingan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Semalam, portal korporat Bank Rakyat dilaporkan mengalami gangguan capaian buat sementara waktu, dan pelanggan dinasihatkan agar menggunakan saluran digital dan aplikasi mudah alih alternatif bagi meneruskan urusan perbankan. – BERNAMA 

The post Data peribadi pelanggan Bank Rakyat selamat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved