Data tidak gambarkan kadar pengangguran sebenar: Madius

25 Oct 2023 • 2:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mempersoalkan data bilangan pengangguran di Malaysia khususnya di Sabah yang turut memasukkan pengangguran dalam kalangan pekerja asing di dalam perangkaan.

Menurutnya, maklumat yang perlu diletakkan sepatutnya hanya merangkumi penduduk tempatan iaitu warganegara Malaysia.

“Saya merasa hairan, apa kewajaran yang diambil kira untuk meletakkan penduduk asing dalam statistik pengangguran khususnya di Sabah.

“Ia tidak menggambarkan situasi sebenar selain pada masa yang sama seolah-olah mencerminkan bahawa kerajaan mengiktiraf pekerja asing setaraf orang tempatan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Ini sesuatu yang tidak betul dan perlu diberi perhatian serius. Bagi di Sabah, kita juga ingin tahu, siapakah pekerja asing yang dimaksudkan.

Adakah pendatang tanpa izin, stateless citizen atau pemegang IMM13?” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Menurutnya, maklumat kadar pengangguran sepatutnya hanya merujuk kepada penduduk tempatan sahaja tanpa melibatkan warga asing.

“Ia bagi membolehkan pelbagai usaha dapat dilaksanakan dan dengan menumpukan kepada golongan sasaran iaitu warga Malaysia yang masih belum mempunyai sebarang punca pendapatan.

“Kemudian, boleh jadi kadar pengangguran di Sabah mungkin bukan antara yang tertinggi sekiranya penduduk asing tidak dimasukkan di dalam perangkaan.

“Saya juga tertanya-tanya, mengapa pekerja asing ini dibiarkan berleluasa walaupun sudah tidak bekerja?

“Sepatutnya apabila sudah tidak bekerja, bukankah mereka sepatutnya dihantar balik ke negara asal,” tegas Madius.

Pada persidangan Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) itu dalam soalan lisan meminta Menteri Ekonomi menyatakan jumlah bilangan penganggur di seluruh negara khususnya di Sabah.

Beliau turut memohon penjelasan apakah benar penduduk asing telah dimasukkan dalam perangkaan tersebut.

Kementerian Ekonomi dalam jawapan bertulis memaklumkan bahawa data pengangguran di negara ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia melalui Laporan Survei Tenaga Buruh Suku Kedua Tahun 2023 adalah 581,400 orang.

Sabah mencatatkan pengangguran seramai 165,600 iaitu berkurangan sebanyak 4,200 berbanding 188,300 orang pada suku kedua 2022.

Bagaimanapun, Kementerian Ekonomi mengesahkan Survei Tenaga Buruh yang dilaksanakan itu turut merangkumi data pengangguran dalam kalangan pekerja asing.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.