Datang beli buah, ‘beg’ pula kena bawa lari

26 Sep 2026 • 6:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Datang beli buah, ‘beg’ pula kena bawa lari

KAJANG – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian ragut seorang wanita di hadapan Pasar Pagi Kampung Baru Semenyih, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 1.28 petang.

Menurut Naazron, kejadian berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari ketika mangsa, wanita tempatan berusia 54 tahun, berada di kawasan berkenaan untuk membeli buah.

“Seorang lelaki yang menunggang motosikal telah meragut beg tangan mangsa yang mengandungi wang tunai, telefon bimbit serta dokumen peribadi sebelum melarikan diri.

“Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata, polis kini sedang menjalankan usaha untuk mengenal pasti dan mengesan suspek yang terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Nazirulzahin Mohd Hashim di talian 017-8881475 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Datang beli buah, ‘beg’ pula kena bawa lari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved