Lelaki positif dadah langgar polis trafik direman lima hari

26 Sep 2026 • 1:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki positif dadah langgar polis trafik direman lima hari

IPOH – Pemandu kereta yang melanggar seorang anggota polis trafik ketika cuba meloloskan diri daripada sekatan jalan raya Khamis lalu, direman lima hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, suspek berusia 29 tahun itu direman bermula hari ini hingga Rabu depan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana disyaki memandu di bawah pengaruh dadah.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini dan mahkamah membenarkan lelaki itu direman selama lima hari bagi membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas perkembangan siasatan, Muhammad Najib memberitahu, pihaknya sedang mengesan saksi bebas dan mendapatkan rakaman kamera papan pemuka kenderaan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, mengulas mengenai keadaan anggota polis trafik berkenaan, Muhammad Najib berkata, anggota terbabit kini ditidurkan selepas menjalani pembedahan selama kira-kira tujuh jam yang selesai pada pukul 6 pagi tadi.

“Anggota terbabit mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan tangan akibat kemalangan tersebut,” katanya.

Dalam kejadian pada pukul 9.45 pagi itu, Lans Koperal Muhammad Badrul Izwany Pauzi, 29, patah tangan kiri dan kaki kanan selepas dirempuh sebuah kereta dipandu seorang lelaki yang cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Silibin. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki positif dadah langgar polis trafik direman lima hari appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved