
Datang Hantar Makanan, Sekali "Rider" Ini Sempat Susun Selipar Depan Rumah
Setiap hari ada insan-insan yang bekerja keras menjadi penghantar makanan atau barangan untuk menyara kehidupan.
Walaupun kadang kala terpaksa berdepan dengan cuaca buruk, kerenah pelanggan dan bermacam-macam lagi dugaan, mereka tetap cekal mengharunginya.
Tak dinafikan kita sering kali mendengar pelbagai kisah mengenai penghantar makanan yang turut mempunyai pelbagai ragam.
Rajin susun selipar
Namun, baru-baru ini tular satu perkongsian oleh seorang wanita di Threads yang memuji seorang penghantar makanan kerana mempunyai sifat rajin.
Menerusi kiriman @filzahfyfy, dia memuat naik satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di hadapan rumahnya.


Apa yang menarik perhatian adalah penghantar makanan tersebut baik hati menyusun selipar yang terdapat di rumah terbabit.
"Mak love dengan rider KFC Serdang ni, kenapa rajin sangat. Done mengadu dekat bos dia," katanya.
Penghantar makanan itu menyusun selipar-selipar tersebut dengan sangat rapi dan berlalu pergi selepas selesai.
Menjengah ke ruangan komen, tentunya ramai yang memuji sikap penghantar makanan itu.
"Dapat RM sebab COD, dapat pahala sebab OCD"
"Orang OCD buat COD"
"Jenis mata gatal tengok benda sepah. Bagusnya"
"Bila niat mencari rezeki dengan ikhlas dan tidak berkira, Insha Allah murah rezeki rider sentiasa"
Baca juga:
Gelagat Lelaki "First Time" Kerja Rider Buat Ramai Terhibur
Lelaki Terharu “Rider” Tolong Tukar Tayar Kereta Bocor, Berkeras Tak Mahu Upah
‘Tok Ayah’ Hadiahkan Kitab Tauhid Kepada Steven Sim
Walaupun mungkin perbuatan itu dilihat biasa bagi sesetengah orang, namun ia juga jarang berlaku. Justeru tidak hairan jika penghantar makanan itu dipuji oleh orang ramai.
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.


![“Sanggup Dia Gadaikan Nyawa” – Tindakan Rider Segera Tahan & Tutupkan Pintu Lori Terbuka Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/rider-berani-800x467.jpg?t=1781259859)