Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui makanan perlulah dikendalikan dengan betul serta bersih bagi mengelakkan berlakunya pencemaran yang boleh merisikokan kesihatan. Bahkan pengendalian ini bukan sahaja ketika penyediaan makanan tetapi termasuklah ketika dihidang mahupun dihantar kepada pelanggan.
Wanita luah kecewa rider letak makanan dipesan dalam tempat sampah
Terbaharu seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa rider yang menghantar makanan dipesannya telah meletakkan makanan di dalam tempat sampah di kawasan rumahnya.
Menerusi hantaran Threads dikongsikan Zuriati Zolkifli, dia dan suami telah sampai di rumah pada jam 8 malam dipercayai mungkin dari tempat kerja sebelum membuat pesanan makanan.
Namun apa yang mengecewakan sewaktu rider menghantar pesanan tersebut, makanan itu diletakkan di dalam ‘rumah sampah’ mereka.
“Sampai rumah dah dekat pukul 8 malam. Suami lapar, order nasi sebungkus (kongsi berdua, jimat). Penat-penat orang kedai sediakan makanan, bungkus elok-elok, diletaknya dekat tempat sampah. Sampai hati!” katanya dalam hantaran tersebut.

Dah tinggal mesej untuk letak makanan pada tembok, suami hubungi minta penjelasan daripada rider sebab letak makanan dalam tempat sampah
Berang dengan perkara itu, suami Zuriati kemudian menghubungi rider berkenaan dan bertanya mengapa dia meletakkan makanan tersebut di dalam tempat sampah. Walhal mereka sudah pun meninggalkan pesanan untuk meletakkan makanan tersebut di atas tembok.
“Rider cakap ‘kenapa tak keluar?’ Dah mesej suruh letak atas tembok, dia boleh tanya macam tu.”
Katanya, mesej tersebut diberikan sebaik pesanan tersebut diterima oleh rider bahkan dia turut bergegas menguruskan diri untuk mandi dan solat.
Menurut Zuriati, suaminya memaklumkan ada mendengar bunyi motor namun tidak kedengaran bunyi hon mahupun salam diberikan. Apabila menjenguk di bahagian luar untuk melihat tembok, kelihatan ia kosong.
View on Threads
Terkejut selepas terima gambar lihat makanan dalam tempat sampah
Namun dia terkejut apabila menerima gambar dihantar oleh rider memaparkan makanan berada dalam tempat sampah.
Rider suruh makan sahaja makanan yang diletak dalam tempat sampah, guna alasan makanan dibungkus dengan plastik
“Periksa telefon ada gambar rider hantar. Berderau darah tengok gambar. Mengigil-gigil aku keluar nak ambil makanan. Sampai hati.
“Lepas kami hubungi rider, duduk kejap kemudian rider hubungi semula. Rider call (berkata) ‘makan jelah, makan jelah, kan dalam plastik tu.’
“Aku pun apa lagi terus naik suara, marah dekat rider tu. Persoalkan kenapa mesti dia letak dalam tempat sampah? Kalau tak boleh letak atas (tembok), kenapa tak mesej? Kenapa tak call? Terus dia letak call. Kurang ajar,” jelasnya lagi.
View on Threads
Ramai kurang senang, minta wanita buat laporan kepada pihak berkenaan
Melihat di ruangan balas, ramai yang kurang senang dengan perbuatan rider penghantar makanan tersebut apabila meletakkan makanan yang dipesan di dalam tempat sampah.
Bahkan ramai juga yang meminta agar Zuriati membuat aduan pada pihak berkenaan agar tindakan boleh diambil ke atas rider tersebut.
Kata Zuriati dia sudah pun membuat aduan dan perkara itu akan disiasat untuk tindakan lanjut.
Malah ada yang pelik kerana rider tersebut tergamak meletakkan makanan itu di dalam tempat sampah berbanding tembok tersebut serta tidak boleh membezakan tempat bersih dan kotor.
“Dah buat aduan. Akan disiasat dan mungkin dikenakan tindakan disiplin.”

“Bab makan buat macam ni. Pantang betul aku. Kau kalau tak nak buat kerja jangan jadi rider lah”

“Manusia kalau tak ada common sense macam nilah perangainya.”

“Astagfirullahalazim, kan makanan tu. Kenapa dia letak dekat situ. Tak baiknya buat pelanggan macam ni, dia hantar berbayar bukan percuma”



![“Sanggup Dia Gadaikan Nyawa” – Tindakan Rider Segera Tahan & Tutupkan Pintu Lori Terbuka Raih Pujian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/rider-berani-800x467.jpg?t=1781259859)